Pelakon meningkat naik, Nadhir Nasar ada memberikan reaksinya berhubung satu video tular melibatkan seorang warga Israel yang dirakam sedang ketakutan dipercayai akibat serangan udara daripada tentera Hamas.

Jelas Nadhir, lakonan individu tersebut kelihatan sangat kaku dan situasinya juga tidak logik.

“Penghayatan yang kurang. Tidak menjiwai watak. Lokasi lakonan yang tidak logic membuat penonton tertanya tanya.

“Obviously nothing is happening there. Kesian talent budak kecik tu kena panas,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh juara Hero Remaja 2020 itu menerusi laman Twitter, memberi reaksi terhadap video berdurasi kurang 30 saat itu.

“Penghayatan Kurang, Tidak Menjiwai Watak,” – Nadhir Nasar Komen Video Lelaki Pangku Bayi Konon Ketakutan Serangan Udara “Penghayatan Kurang, Tidak Menjiwai Watak,” – Nadhir Nasar Komen Video Lelaki Pangku Bayi Konon Ketakutan Serangan Udara “Penghayatan Kurang, Tidak Menjiwai Watak,” – Nadhir Nasar Komen Video Lelaki Pangku Bayi Konon Ketakutan Serangan Udara

Dalam pada itu, pelakon drama, Projek: Anchor SPM ini turut menambah, video berdurasi hampir 30 saat tu jelas memaparkan tiada apa pun sebenarnya yang berlaku di sekitar kawasan tersebut.

IKLAN

Dalam pada itu, Nadhir turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama menyebarkan kebenaran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin.

IKLAN

“Kalian boleh follow @JatIkhwan @fakhrifadzli untuk update dari semasa ke semasa di Tanah suci Palestine.

“Sama-sama kita sebarkan kebenaran. InsyaAllah #SavePalestine #LongLiveGaza,” katanya lagi

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang sama selain turut mengecam tindakan individu terbabit.

“Penghayatan Kurang, Tidak Menjiwai Watak,” – Nadhir Nasar Komen Video Lelaki Pangku Bayi Konon Ketakutan Serangan Udara “Penghayatan Kurang, Tidak Menjiwai Watak,” – Nadhir Nasar Komen Video Lelaki Pangku Bayi Konon Ketakutan Serangan Udara
Sumber: Twitter Nadhir Nasar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI