Festival Penilaian Tahun Akhir (PeTA) anjuran Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kembali mewarnai kalendar seni tempatan apabila dijadual berlangsung dari 28 Jun hingga 6 Julai 2025.

PeTA bukan sekadar acara penilaian akademik, malah menjadi platform penting buat pelajar tahun akhir jurusan seni persembahan menampilkan bakat dan hasil karya mereka kepada khalayak umum dan industri.

Dekan Fakulti Tari merangkap Penyelaras Festival PeTA 2025, Dr Norsafini Jaafar, berkata festival ini melibatkan penglibatan pelajar tahun akhir daripada pelbagai fakulti seperti Tari, Muzik, Teater, Seni Halus, Penulisan Kreatif dan Filem, Animasi, Pengurusan Seni dan Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA).

“Ia bukan saja menjadi medan penilaian akademik, tetapi juga platform terbuka bagi masyarakat awam dan pihak industri untuk menyaksikan bakat baharu dalam pelbagai bidang seni yang ada dalam pengajian yang ditawarkan di ASWARA,” jelasnya.

Antara acara yang bakal mencuri perhatian ialah Hari Terbuka ASWARA pada 28 Jun, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang di Dewan Orkestra ASWARA, terbuka kepada semua.

Pada hari sama juga akan berlangsung Majlis Pelancaran Festival PeTA, yang akan disempurnakan oleh Rektor ASWARA, Profesor Dr Tan Awang Besar.

Majlis pelancaran itu bakal menampilkan persembahan eksklusif arahan tokoh teater negara, Che Kem, dengan gabungan elemen seni tari, muzik dan teater yang memperlihatkan pengolahan kontemporari identiti pelajar ASWARA.

Ads

PeTA 2025: Letusan Kreativiti Anak Seni ASWARA, Medan Bakal Pelapis Tunjuk Bakat PeTA 2025: Letusan Kreativiti Anak Seni ASWARA, Medan Bakal Pelapis Tunjuk Bakat PeTA 2025: Letusan Kreativiti Anak Seni ASWARA, Medan Bakal Pelapis Tunjuk Bakat

Pelbagai Aktiviti, Cetusan Suara Generasi Baharu

Sepanjang festival, pelbagai persembahan seni akan berlangsung membabitkan karya pelajar Fakulti Tari, Teater, Muzik serta Penulisan Kreatif & Filem. Setiap persembahan dijangka menonjolkan kreativiti, penceritaan dan pengolahan dalam bentuk pentas dan persembahan langsung.

Di samping itu, Pameran & Tayangan juga akan memaparkan karya pelajar Fakulti Seni Halus, Animasi dan Penulisan Kreatif & Filem yang merangkumi karya dua dimensi, tiga dimensi, animasi dan filem pendek.

Ia merupakan ruang interaktif untuk pengunjung menghayati seni visual dan digital pelajar ASWARA.

Ads

Bagi yang mahu menyelami seni secara praktikal, Siri Bengkel Seni turut disediakan oleh setiap fakulti, berlangsung selama dua jam dan terbuka kepada pelajar serta orang ramai.

Sekaligus, ia  memberi peluang untuk pembelajaran langsung bersama tenaga pengajar dan pelajar ASWARA.

Dr Norsafini menambah, festival ini bukan hanya menjadi medan pameran bakat, malah memberi kesan langsung kepada industri kreatif negara melalui penghasilan generasi seni yang lebih mantap dan berdaya saing.

Ads

“Festival ini adalah medan penting buat pelajar ASWARA dalam mempamerkan karya selepas bertahun-tahun mengikuti pengajian sama ada di peringkat diploma mahupun ijazah sarjana muda.

Ini adalah saat penting dan penentuan yang mempamerkan kredibiliti pelajar melalui penilaian projek akhir dengan disaksikan penonton dan audiens yang hadir sepanjang festival berlangsung,” katanya lagi.

Selain menguji keupayaan teknikal dan artistik, PeTA turut menjadi cerminan suara generasi baharu terhadap isu semasa dan budaya masyarakat.

Justeru itu, ASWARA menyeru semua penggiat seni, institusi pendidikan dan masyarakat umum untuk hadir memberi sokongan kepada karya pelapis industri kreatif tanah air.

Melalui penganjuran PeTA, ASWARA berharap dapat terus menyemarakkan kecintaan terhadap seni dan memperluaskan apresiasi budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads