
Penyanyi dan bekas peserta program Mentor musim kelima, Iqanasra berkongsi kisahnya yang kehilangan kerusi roda, sewaktu mahu mencium Hajarul Aswad baru-baru ini.
Iqa yang kini difahamkan mengalami masalah tulang belakang sejak beberapa tahun lalu sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah.
Perkongsian yang dibuat Iqa menerusi Instagram itu bagaimanapun mengakui dirinya sedang diuji dan apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“Share sikit, dalam gembira dapat cium Hajarul Aswad, saya diuji. Wheel chair saya kena curi. Walaupun sudah dikunci dengan mangga. Sedih, tapi fikir balik rezeki orang lain kot.
“Mungkin Allah nak suruh saya banyak berjalan kat sini. Sebab hotel saya agak jauh sikit. Saya cepat letih dan kaki pun tal berapa nak tahan. Tapi saya fikir, mungkin Allah nak bagi pahala lebih kat saya. Suruh lagi saya gandakan pahala jalan kaki ke masjid,” tulis Iqa
Bagaimanapun, bekas protoge kepada Edry Abdul Halim ini juga memberitahu akhirnya dia berjaya juga selesaikan tiga kali tawaf dan saei.
“Alhamdulillah, selesai juga tiga kali tawaf dan saie tanpa kerusi roda. Tah tahu nak cakap semangat dia bila kat sini lain macam. Kuat semacam.
“Satu hari ulang alik hotel dua tiga kali pun tak apa. Seronok. Doa dan zikir banyak-banyak insyaAllah semuanya mudah,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Iqanasra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menerima Anugerah Influencer 2018 di Nona Superwoman malam tadi hadir melangkah penuh gaya di karpet merah program berkenaan dengan gaun serba hitam dengan perincian batu permata di bahagian lengan dan gaunnya.
Berkongsi mengenai tema persalinannya malam tadi, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Anta Peraman ketika ini menjelaskan, dia mengambil inspirasi rekaan gaun tersebut dari seorang pereka di Labenon.
“Apabila ditunjukkan konsep atau teaser majlis untuk malam ini, hati saya kata ‘wow’ dan mengapa tidak untuk lakukan ‘extra persiapan’. Jadi saya ada terlihat suatu rekaan dari pereka antarabangsa lalu saya hantarkan ia pada Rizman.
“Kata saya ‘mampu ke?’ dan Rizman kata ‘boleh’. Jadi itulah, Rizman pun reka mengikut caranya,” kata Siti pada MH.
Ditanya sama ada dia kini rajin mencari idea konsep rekaan baju yang akan dipakai bimbang andai ia dikritik netizen, bintang ini menjelaskan adalah sesuatu yang normal untuk orang di luar sana berkata mengenai apa sahaja.
“Tak adalah sampai begitu sebab bagi saya normal kalau kita pakai cantik pun, akan ada orang yang akan cari mana kelemahannya. Mungkin sudah tiada benda nak cakap jadi serba sedikit mereka akan cuba cungkil sesuatu untuk diperkatakan.
“Bagi saya, mana yang kenal saya sebagai Siti Nurhaliza, apa yang saya itulah yang membuatkan saya berkeyakinan.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Dan kalau ada yang kata saya cantik pada malam ini, terima kasih pada Rizman juga sebab berjaya hasilkan sesuatu yang saya mahukan,” jelasnya.
Sementara itu, Rizman yang setia di sisi Siti turut menambah, inilah kali pertama selepas sekian lama bekerjasama penyanyi itu ada memberikan idea terhadap gaun yang akan digayakannya di karpet merah.
“Terkejut juga bila TokTi berikan idea. Nak siapkan baju ni dalam tempoh dua ke tiga minggu juga. Fabrik yang digunakan adalah daripada material creep dan di bahagian dalamnya ada ‘construction’ sebab itulah kalau kita tengok badannya ‘terletak cantik’,” terang Rizman.
Diajukan perihal butiran batu pertama yang ada di gaun berkenaan, pereka itu tidak mampu memberikan jawapan kerana butirannya yang begitu banyak
“Lebih 2,000 batu permata. Itu pun pada lengan TokTi Saja. Rasanya puluhan ribu kot. Ya konsepnya seperti ‘panah petir’,” seloroh Rizman.
Pada malam itu, Siti turut menerima Anugerah Nona Legend 2018. Tahniah!
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
[GAMBAR] Ambil Tema Back To School. Ini Foto Sekitar Majlis Meet & Greet Mya Ruslee Bersama Peminat, Meriah!
![[GAMBAR] Ambil Tema Back To School. Ini Foto Sekitar Majlis Meet & Greet Mya Ruslee Bersama Peminat, Meriah! 3 [GAMBAR] Ambil Tema Back To School. Ini Foto Sekitar Majlis Meet & Greet Mya Ruslee Bersama Peminat, Meriah!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/12/D47878F4-03F3-43A0-98E1-B22920A7CDB9.jpeg)
Pelakon dan penyanyi Mya Ruslee baru-baru ini telah mengadakan majlis ‘Meet & Greet’ bersama peminatnya di sebuah restoran di Subang Jaya.
Majlis yang disambut meriah itu berkonsepkan Back To School apabila kelab peminat Mya iaitu Cik Bunga Fans Club (CBFC).
Lalu, rata-ratanya telah mengenakan set persalinan baju sekolah.
A post shared by Mya Matahari Official (@myaruslee) on
A post shared by Mya Matahari Official (@myaruslee) on
A post shared by Mya Matahari Official (@myaruslee) on
A post shared by Mya Matahari Official (@myaruslee) on
A post shared by Mya Matahari Official (@myaruslee) on
A post shared by Mya Matahari Official (@myaruslee) on
Untuk rekod, Mya merupakan tempat kelima dalam program realiti Gegar Vaganza 5 dan berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort beserta piala Gegar Vaganza.
Foto : IG Mya Ruslee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
![[GAMBAR] Loving Couple, Datin Hajah Fouziah Gous & Suami Kongsi Foto Menarik Cuti Di Maldives, Seronoknya! 4 [GAMBAR] Loving Couple, Datin Hajah Fouziah Gous & Suami Kongsi Foto Menarik Cuti Di Maldives, Seronoknya!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/12/PicsArt_12-02-08.33.31.png)
Pelakon, Datin Fouziah Gous berkongsi foto-foto percutiannya bersama suami, Datuk Zhafran Md Yusof di Maldives, baru- baru ini.
Kelihatan wajah pelakon drama Tahajjud Cinta itu begitu bahagia dan seronok tika menikmati momen percutian di samping orang tersayang.
Pasangan itu berkahwin pada September 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusof.
Kalau dilihat menerusi foto-foto yang dikongsi Fouziah, kelihatan seperti hanya mereka berdua yang bercuti tanpa kehadiran anak-anak.
Adakah ini ‘second honeymoon’ mereka? Apa- apapun, jom tengok foto-foto bersemut Fouziah dan suaminya!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

