Selepas konsert pengenalan pada minggu lalu, para juri kini mula meletakkan harapan tinggi buat kesemua peserta Kilauan Emas 2024 yang kini meneruskan saingan di konsert minggu ke-2 yang berlangsung pada Sabtu.
Para peserta kini perlu mulai bijak untuk menyusun strategi serta menunjukkan taring persembahan demi menambat hati para juri, juri awam dan penonton.
Peserta Mula Tunjuk Taring
Selepas sekadar berpuas hati di tempat kedua minggu lalu, Ina meneruskan rentak kecemerlangan menerusi lagu Masing-Masing nyanyian asal Ernie Zakri.
Persembahan Ina nyata menarik perhatian juri jemputan, Edry Abdul Halim yang menyifatkan Ina mempunyai pesona penyanyi yang sangat baik.
Peserta asal Georgetown ini unggul di tempat teratas dengan meraih markah paling tinggi iaitu sebanyak 86.70 peratus.
Mencipta kejutan untuk berada di tangga kedua ialah Dino dengan markah sebanyak 81.28 peratus.
Lagu Seniman Menangis nyata memberi tuah buat Dino apabila berjaya menampilkan persembahan yang sangat puitis dan menyentuh perasaan ramai.
Ads
Ina dan Dino bukan sahaja memiliki kualiti vokal yang baik, malah penghayatan juga bagus.
Manakala, peserta lain seperti Sue, Gie dan Atie pula dilihat masih menampilkan persembahan selamat sementara Hamid pula berjaya menunjukkan peningkatan sewaktu membawakan lagu Takkan Melupakanmu.
Tidak Boleh Terlalu Selesa
Ads
Jika minggu lalu unggul ditempat pertama, penurunan drastik Maria nyata mengejutkan ramai.
Meskip dinobatkan selaku pemenang Emas Berkilau Of The Week, Maria terpaksa berpuas hati untuk sekadar berada dikedudukan kelapan.
Diharapkan dengan kejutan kehadiran anak-anak dan cucunya di Royal Theatre, Shah Alam semalam dapat menyuntik semangat buatnya untuk menampilkan persembahan yang lebih baik minggu hadapan.
Dalam pada itu, peserta asal Pulau Pinang, Budin sekali lagi berada di tangga tercorot.
Ads
Walaupun menampilkan persembahan yang lebih baik berbanding minggu lepas, namum sedikit kesilapan lirik dan tempo menyukarkan para juri memberikan markah yang tinggi.
Bagaimanapun, Budin boleh menarik nafas lega apabila pihak produksi sekali lagi memutuskan untuk tidak melakukan penyingkiran minggu ini.
Berikut adalah markah penuh kesemua peserta Kilauan Emas 2024 di konsert minggu kedua;
Terdahulu, konsert minggu kedua Kilauan Emas 2024 telah dinilai oleh juri tetap, Erra Fazira dan Roy Azman serta Edry Abdul Halim bertindak sebagai juri jemputan.
Program yang dihoskan Elly Mazlein ini bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105) dan boleh distrim menerusi apliaksi Astro Go dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Astro/Azrul Rafie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Elizad Sharifuddin hari memohon maaf buat semua peminatnya sebelum berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah, semalam.
Perkongsian itu dikongsi pelakon drama Syurga Yang Kedua itu menerusi salah satu foto yang dirakam bersama suaminya, Shamsul Baharin Rahman di Instagram.
Sambil memohon keampunan, bintang ini turut berdoa akan semuanya dipermudahkan.
“Assalammualaikum wahai kesayangan2 ku semua . Kami dgn rasa rendah hati ingin memohon maaf kpd mereka yg ada terguris atau terkasar bahasa dlm bergurau.
“Ku panjatkan rasa syukur ini kepada Mu Ya Allah , kali ini dpt membawa keluarga pula bersama2 ke tanah suci. Moga semuanya dipermudahkan.
“Doakan kami sekeluarga ya semua. Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya yang turut merakam beberapa foto menerusi Insta Stories sebelum berangkat.
Difahamkan, rombongan Elizad ke tanah suci turut disertai ahli keluarganya yang lain.
Foto: Instagram Elizad Shariffuin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi laman Instagram dan Youtube Datuk Seri Aliff Syukri, penyanyi dan usahawan ini berkongsi momen istimewa dia dan anak-anak lelaki mencuci uri anak kelimanya, Raudah Arshiyah.
Meski pada awal Ammar dan Baim kelihatan kekok dan ketakutan dengan darah yang meliputi uri, namun mereka dilihat cuba untuk membantu seterusnya mengalunkan ayat suci Al-Quran.
“Semoga anak dara abah nanti besar tau abah syg sgt kat awak.. Sebenarnya ada sahaja pekej untuk cuci uri… tapi abang percaya orang dulu-dulu cakap ..kalau boleh kalau ada anak perempuan tanam dekat Taman rumah biar cepat kahwin .. berul ke?? dan dapat pasangan yang baik-baik sebab tu
“Kalau korang tengok dekat YouTube abang ada buat amanat dan juga kata-kata peninggalan sebelum abang menanam uri ini kalau nak tengok orang pergi saja dekat YouTube abang-abang dah posting..
“Untuk melihat full video ni korang boleh pergi dekat YouTube tv terlajak laris ..abang dah posting nak tahu apa yang berlaku kenapa dan sbb apa??,” tulisnya.
Di ruang komen, rata-rata netizen menyatakan kekaguman atas sikap Aliff dalam mendidik anak-anak.
Sekadar makluman, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudah Arshiyah serta seorang anak angkat.
Foto : Instagram DS Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Bienda ada melayangkan satu dedikasi di Instagram bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya yang ke-10 bersama suami, Kamarul Zariman Abd Rahman.
Bersyukur kerana dikurniakan Allah SWT seorang suami yang baik, Kamarul yang disapa sebagai ‘Aboya’ juga menjadi tempat mengadu kisah suka dan dukanya sejak zaman bujang sehinggalah sekarang.
“Honestly Jadi Celebrity Nie Bukan Mudah Mcm Yg Kita Nampak. Tak Semua Benda Kita Boleh Share… But Syukur Alhamdulillah 🤲🏻 Allah AWT Pertemukn Bienda Dgn Jodoh Yg Baik, Menjadi Imam & Walid Pd 2 Cahaya Mata Bienda.
“Aboya…Tempat Mengadu, Curahan Kasih Sayang,Suka & Duka Bienda Dari Zaman Bujang Sampailah Sekarang. Terima Kasih Aboya Sayang For The Last 10 Amazing Years. Semoga ALLAH SWT Memakbulkan DOA2 Kita,” kongsi Bienda.
Pada masa sama, pemilik nama lengkap Nor Razlinda binti Razli ini juga turut merakamkan rasa terima kasih buat insan istimewa yang berada di sekelilingnya.
“Tak Lupa Juga Terima Kasih Pada Semua Sahabat2,Keluarga & Rakan2 Followers Bienda Yg Sentiasa Mendoakan Kami Dari. Dulu Sampai Skrg. Semoga Kita Semua Di Kurniakan JODOH,Suami/ Isteri Yg Soleh & Solehah, Yg Akn Memimpin Kita Ke Jalan ALLAH SWT.
“Suami/Isteri Adalah CERMINAN Diri Kita… Jadilah Suami/Isteri Yg Baik,Cintailah Pasangan Kita Kerana ALLAH ❤️Insya Allah Bahagia Hingga Ke Syurga,” tulis anak kepada penyanyi Sheeda ini panjang lebar.
Hasil perkongsian hidup, mereka setakat ini telah dikurniakan dia orang cahaya mata Lavienda Namiraz, 7, dan Namiraz, 5 tahun.
Foto: Instagram Bienda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.