Peserta dari Kelantan, Qila telah dinobatkan sebagai juara Ratu Hijabista yang pertama, disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105), sebentar tadi.

Qila atau nama sebenarnya, Wan Nur Shahirah Aqilah Wan Lokman menewaskan empat lagi finalis iaitu Tina, Mellya dan Fiffy Afrina.

Mahkota kemenangan disampaikan oleh Puan Sri Normala Samsudin yang juga merupakan juri tetap program terbabit.

Peserta Kelantan, Qila Juara Ratu Hijabista Yang Pertama, Bawa Pulang RM10,000!

Peserta Kelantan, Qila Juara Ratu Hijabista Yang Pertama, Bawa Pulang RM10,000!

IKLAN


Menerusi kemenangan ini, penuntut berusia 21 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi dan selempang.

Tempat kedua dimenangi oleh Tina dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi dan selempang.

IKLAN

Sementara itu, Fiffy Afrina memenangi kategori Ratu Inspirasi Safi Hijabista dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 berserta selempang.

Manakala Mellya dinobatkan sebagai Ratu Favorite turut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 berserta selempang.

IKLAN

Peserta Kelantan, Qila Juara Ratu Hijabista Yang Pertama, Bawa Pulang RM10,000! Peserta Kelantan, Qila Juara Ratu Hijabista Yang Pertama, Bawa Pulang RM10,000!

Selain Puan Sri Normala, pengarah terkenal Micheal Ang telah diundang sebagai juri jemputan.

Program ini dihoskan oleh Uyaina Arshaad dan Fikry Ibrahim.

Peserta Kelantan, Qila Juara Ratu Hijabista Yang Pertama, Bawa Pulang RM10,000!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI