Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat telah mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 baru-baru ini.
Sambil mendedahkan berita gembira itu menerusi saluran YouTube, Wuvv Show, Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 28, menjelaskan dia memilih tarikh tersebut selepas berbincang dan mendapat persetujuan dari keluarga kedua-dua belah pihak.
Malah, tarikh tersebut juga mudah untuk diingati.
Sehubungan dengan itu, penyanyi Mata ini turut berkongsi mengenai perjalanan majlis raja seharinya itu nanti, setakat ini.
“Hasil perbincangan, saya dan Nabil akan disatukan pada 1 Januari 2021. Majlis nikah akan diadakan di sebelah pagi dan majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam.
Ads
“Semuanya bakal mengikut prosedur operasi standard (SOP). Semoga ia berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan, insya-Allah,” kata Ayda.
Tambah Ayda yang bertunang dengan Nabil pada 28 April lalu itu lagi, persiapan perkahwinan juga sedang rancak berjalan.
Ads
“Persiapan perkahwinan sedang kami lakukan, sudah melebihi 50 peratus.
“Sekali lagi, saya memohon doa semua pihak agar majlis kami berjalan seperti yang sudah dirancang, insya-Allah,” kata Ayda.
Ads
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka menerusi video episod pertama #BilAydaJatuhCinta yang dimuat naik di saluran YouTube.
“Video ini saya dan Nabil buat khas untuk peminat, terutamanya AJ Screamers yang dah lama tak berjumpa dengan kami kerana kekangan pandemik.
“Mereka juga ingin tahu perkembangan kami, jadi video ini saya umpamakan hadiah untuk mereka yang selama ini tidak pernah lelah menyokong,” katanya lagi.
Merpati dua sejoli ini berkongsi perjalanan cinta mereka menerusi video #BilAydaJatuhCinta yang bakal bersiaran selama 10 episod menerusi platform sama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada pelakon Aprena Manrose, Mohd Afiq Hazman ada menitipkan kata cinta buat permaisuri hatinya itu bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang memasuki tahun keempat.
Merakam memori indah berdua di sebuah destinasi pelancongan, Afiq antara lain turut berterima kasih buat bintang berkenaan yang disifatkan sebagai isteri yang cukup memahami.
“Happy 4th anniversary love.. Tq for always supporting me, my backbone. Ur not quick to judge even when I make the stupidest mistake.
“You understand my faults n craziness. Tq for making me feel content, important, understood n loved.
“Happy anniversary wife, i love u always & forever,” titipnya.
Meninjau ke ruangan komen, rakan terdekat turut memberikan dedikasi indah buat mereka. Malah, Aprena juga dilihat turut memuji kapsyen yang dinukilkan Afiq.
“Awh baby! Caption selalu win eh? Love you more bb sayang. I miss you,” balas Aprena.
Sama cantik sama padan, Aprena mendirikan rumah tangga bersama Afiq pada 12 November 2016.
Foto: Instagram Mohd Afiq Hazmab
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi sesetengah pihak , kehilangan haiwan peliharaan ada kalanya akan meninggalkan kesan yang mendalam pada diri seseorang.
Perkara sama turut dilalui oleh Lara Alana yang juga merupakan anak kepada pasangan popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya selepas kematian ikan laga yang dipeliharanya sejak lapan bulan yang lalu.
Kisah menyayat hati itu dikongsikan oleh Lara menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“Berkali kali Lara ulang perkataan ni.. tapi Allah lebih sayang kan Sushi. Sekarang baru Lara tau, yang we can never be ready for a situation like this.
“Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang,” tulis pengendali akaun tersebut.
Jelasnya lagi, ikan laga yang diberi nama Sushi itu merupakan peneman mereka sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac lalu.
“Masa Auntie Joy bagitau yang Sushi dah takde, Lara tak faham lagi. Lara ingat bila kita feed dia, dia akan hidup balik.. Tapi rupanya Sushi dah pergi buat selamanya..
“Thank you Sushi kerana menggembirakan hidup kami selama 8 bulan especially time PKP haritu. Sekejap je kita dapat bersama.
“Rest well my sushi, you will be missed,” luahnya.
Video berdurasi hampir empat minit itu nyata meruntun jiwa banyak pihak yang sebak melihat keadaan Lara yang menangis teresak-esak sewaktu ingin menanam bangkai ikan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifat Lara memiliki hati yang sangat mulia dan berharap agar dia kuat menghadapi perkara tersebut.
Sumber: Instagram Lara Alana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rap, Tuju mendedahkan nama anak sulungnya bersama Loca B, ketika ditemu bual secara langsung menerusi MeleTop, malam tadi.
Di dalam temu bual yang dilakukan secara virtual itu, bintang berkenan memberitahu dia dan isteri memilih nama Bintang Aiko buat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu.
Tuju antara lain turut berkongsi mengenai perkembangan terkininya yang melakukan inisiatif sendiri dengan melakukan kuarantin meski ujian swab yang dilalukannya baru-baru ini adalah negatif.
“Alhamdulillah, Loca B pun sekarang berpantang di rumah. Selama dua minggu ini tidak dapat bersama anak yang baru lahir.
“Nama baby saya Bintang Aiko,” jawab Tuju ketika ditanya Nabil sambil disambut dengan ucapan tahniah buat Tuju sekeluarga dari rakan hos, Uyaina Arshad.
Selain berkongsi mengenai perkata tersebut, Tuju antara lain turut memberitahu setakat menjalani tempoh kuarantin, dia banyak menghabiskan masa dengan menulis lagu.
Terdahulu pada Oktober lalu, Tuju yang juga anggota kumpulan K-Clique itu mengakui sudah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap Loca B.
Bagaimanapun, mereka memilih untuk tidak berkongsi perihal tarikh perkahwinan kerana lebih selesa untuk tidak bercakap mengenai hal peribadi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...