Pelakon dan pelawak, Issey Fazlisham berkongsi cerita tentang kisah persahabatannya yang sudah kian lama terjalin sejak mula melanjutkan pengajian tinggi di Universiti bersama Ain Sufia.
Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Husin menceritakan perkara tersebut bersama para pengikut di laman Instagram.
“Kami bertiga datang dari Fakulti dan Universiti yang sama. @hanafarahinhusni @ainsufiaa
“Hana junior sikit. Alhamdulillah sekarang partner untuk @redbeanproduction.
Ads
“Jatuh bangun bersama jugak untuk buat Production. Sekarang alhamdulillah. Masih bernyawa produksi kecik kami,” tulisnya.
Pada masa sama, Issey turut mendedahkan kisah persahabatannya dengan pelakon dan pelawak Ain Sufia sejak dari zaman universiti lagi.
Ads
“Ain pulak kawan aku dari diploma. Satu batch. Masuk degree pun satu batch. Masuk Bintang Mencari bintang pun sama sama.
“Memang kawan satu frekuensi la. Dalam industri pun sama sama,” tulisnya lagi.
Sosialit popular, Kourtney Kardashian dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Travis Barker, 47, di Las Vegas beberapa jam selepas anugerah muzik berprestij dunia, Anugerah Grammy ke-64 melabuhkan tirai pada Isnin lalu.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pemilik One Love Wedding Chapel, Marty Frierson. Lokasi itu menjadi kegemaran buat mana-mana pasangan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan secara mengejut. Malah, penyanyi Britney Spears juga pernah berkahwin di situ dengan salah seorang bekas suaminya, Alexander pada 2004.
Sebelum melangsungkan pernikahan mengejut itu, Kourtney, 43, dan drummer kumpulan Blink 182 itu sempat menghadiri majlis ‘after party’ Grammy yang mana ramai sumber melihat kemesraan mereka yang boleh diibaratkan seperti belangkas yang tidak boleh dipisahkan.
“Mereka duduk di meja belakang dan tidak malu untuk menunjukkan kemesraan mereka kepada orang ramai,” kata sumber tersebut.
Percintaan kakak kepada Kim Kardashian itu mula dihidu pada Disember 2020 dan kemudian pada Februari 2021 baharu Kourtney mengakui hubungannya dengan jejaka penuh bertatu itu.
Mereka kemudiannya bertunang lapan bulan selepas itu.
Hubungan mereka juga turut direstui oleh anak masing-masing. Kourtney mempunyai tiga orang anak iaitu Mason, 12, Penelope, 9, dan Reign, 7, hasil perkongsian hidup dengan Scott Disick.
Manakala Travis mempunyai dua anak meningkat remaja iaitu Landon, 18, dan Alabama, 16, hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Shanna Moakler.
Melihatkan turun naik industri kreatif sejak kebelakangan ini sebenarnya memberikan pengalaman baharu buat kebanyakan penggiat seni.
Pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa dihadapi oleh kebanyakan daripada mereka ketika melalui episod pandemik yang melanda negara sejak dua tahun yang lalu.
Namun dengan beberapa kelonggaran prosuder operasi standard (SOP) dan status endemik, membuatkan kebanyakan daripada mereka lega dan dapat kembali berkarya dengan bebas.
Bagi penerbit CT Pitcures Sdn Bhd, Siti Murni Yusof mengakui pihaknya telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan ketika perlu menyiapkan beberapa projek penerbitan sebelum ini.
“Memang benar pihak kami telah melalui pelbagai pengalaman baharu ketika mahu menyiapkan dua naskhah sebelum ini memandangkan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.
“Tapi itu tidak menghalang kami untuk terus berkarya dan memberikan yang terbaik kepada progam majalah & travelog yang kami terbitkan.
“Dengan kelonggaran SOP yang diumumkan kerajaan sebelum ini, ia petanda yang baik untuk seluruh industri kembali seperti sedia kala dan terus gemilang,” katanya lagi.
Menerusi syarikat CT Pitcures, Siti Murni gembira apabila produk Tak Popular Tapi Berbisa bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Program yang menjelajah ke 13 destinasi popular di seluruh negara itu mengangkat destinasi percutian yang tidak begitu popular tetapi menarik untuk dikunjungi.
Menggunakan khidmat Kucaimars dan Amin Haridz sebagai pengacara, mereka meneroka banyak destinasi percutian unik dan mempunyai kisah menarik.
“Untuk mereka yang mahu bercuti tetapi tidak mahu pergi ke destinasi biasa, Tak Popular Tapi Berbisa ini adalah jawapan yang tepat kepada persoalan anda.
“Kita sedar ada segelintir pihak mahu meneroka destinasi baharu yang kurang popular. Rancangan ini akan memberikan jawapan kepada mereka,” katanya dalam majlis berbuka puasa anjuran Siti Murni Empire.
Dalam majlis berkenaan, CT Pitcures Sdn Bhd bersama anak syarikat lain termasuklah Kimstone Resources, B.Dex Beauty Centre Sdn Bhd dan Kelapa Joget Sdn Bhd menyerahkan sumbangan kepada beberapa penerima sempena kedatangan Syawal.
Jelasnya, acara berkenaan adalah acara tahunan yang diadakan untuk memberikan senyuman kepada mereka yang kurang berkemampuan bagi menyambut lebaran seperti orang lain.
Antara penerima sumbangan kali ini termasuklah Makmur Relief, Pusat Jagaan Chahaya, Rumah Nur Iman, Rumah Anak Yatim dan Miskin Dynasti dan Pertubuhan Mualaf Kuantan.
Sumbangan juga diberikan kepada Aman Palestine, Syria Care dan Rumah Anak Yatim Permata Al Insyirah Care seperti kelaziman.
“Ini sumbangan kita kepada masyarakat.
Semoga dengan adanya sumbangan ini akan memberikan senyuman kepada mereka untuk menyambut lebaran,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos, Awal Ashaari termasuk isterinya yang juga pelakon, Scha Alyahya bersama dua anak perempuan mereka iaitu Lara Alana, 7, dan Lila Amina, setahun, bersyukur selepas dilantik menjadi duta lampin jenama antarabangsa, Molfix.
Sambil menyifatkan ia sebagai rezeki anak-anak, Awal,41,atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, mereka turut berada Istanbul, Turki bagi menjalani penggambaran iklan jenama berkenaan.
“Alhamdulillah, rezeki anak dan bulan Ramadan,” kata pengacara terkenal Awal Ashaari apabila dia sekeluarga.
“Satu pengalaman baru bila dapat berkunjung ke negara asal Molfix dan dapat belajar bagaimana lampin dihasilkan. Banyak kajian sudah dibuat terhadap gaya hidup bayi Asia untuk mencipta sesuatu yang sesuai untuk bayi Malaysia kita.
“Jenama antarabangsa ini khusus dalam lampin dan kain lap untuk bayi dan sudah menjadi peneraju pasaran dalam Eropah dan banyak bahagian dunia selama lebih 20 tahun.
“Hari ini, mereka adalah antara pengeluar lampin terbesar di dunia, dan kini berada Malaysia. Kami sangat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga Molfix,” katanya.
Perlantikan tersebut sekaligus menjadikan mereka sebagai duta pertama jenama bagi pasaran dalam negara.
Sementara itu, Scha menyifatkan pelantikan mereka sekeluarga adalah rezeki anak keduanya, Lila.
“Alhamdulillah, ini rezeki Lila. Kami sekeluarga menjadi duta selama dua tahun. Sudah beberapa hari kami menjalani penggambaran dan ia baru sahaja selesai,” katanya.
Penerbit dari rumah produksi Jaja Ishak Channel (JIC), Jaja Ishak bakal menjalankan penggambaran sebuah filem pendek bersempena Aidilfitri tahun ini, selepas kejayaan pelancaran lagu...