Orang sering ingat tugas seorang penyampai radio ini mudah memandangkan hanya perlu bercakap dan berinteraksi sahaja dengan para pendengar.

Namun, jangan tak tahu ya sebenarnya seorang tugas seorang penyampai radio adalah lebih daripada itu.

Bayangkan ya, mereka yang sudah mempunyai pengalaman lama pun boleh melakukan kesilapan inikan pula yang baru dalam bidang ini.

Baru-baru ini, MH berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang penyampai radio Zayan, Raqib Majid. Sempat juga MH bertanyakan mengenai pengalamannya menceburi bidang ‘announcer’ ini.

IKLAN

Katanya, sebulan pertama dia menceburi bidang ini sudah membuatkan dia rasa ‘give up’.

IKLAN

“Secara jujurnya, bulan pertama jadi ‘announcer’ ini, saya nak berhenti sebab merasakan ia bukan bidang saya. Yalah sebelum ini saya menyanyi dan mengacara sahaja.

“Bila masuk bidang ini barulah rasa yang nyanyian tu sangat senang bila nak dibandingkan dengan penyampai radio.

“Namun, berkat tunjuk ajar rakan-rakan sekeliling di Zayan, Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya dah dapat rentak. Mula-mula memang adalah ‘fumble’ sana sikit.

“Tak sangka rupanya saya ada juga bakat untuk jadi penyampai radio,” katanya kepada MH.

Raqib sebelum ini merupakan bekas pelajar AF9 serta pernah mengeluarkan beberapa ‘single’ seperti ‘Subhanallah’ feat Waris dan juga terlibat dengan program pengacaraan televisyen.

Tambahnya lagi, dia merasakan bahawa tugas sebagai seorang penyampai radio itu berat serta mempunyai tanggungjawab yang besar kepada pendengarnya.

IKLAN

“Pada saya penyampai radio ini tidak susah tapi ia perlukan kualiti dan teliti sebab apa yang kita cakap, orang akan dengar.

“Jadi sebelum nak berkata apa-apa kena fikir dulu apa nak cakap sebab kalau penyampaian negatif maka orang akan fikir sebegitu juga. Sebab itu rasa rasa tanggungjawab seorang ‘announcer’ ini berat,” katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk meluaskan bakat yang ada dalam bidang penyampaian radio ini.

“Rasanya ramai tahu saya baru sahaja menceburkan diri dalam bidang ini namun saya begitu bersyukur kerana diberikan peluang untuk mencuba sesuatu yang baru ini.

“Kalau sebelum ini, saya hanya menyanyi dan mengacara tapi kini ada lagi satu iaitu penyampai radio,” katanya lagi.

Haa…Siapa kata penyampai radio tu cuma kena bercakap sahaja? Sebelum ‘on -air’ tu kenalah buat ‘research’ dulu nak borak apa dengan pendengar, nak tarik perhatian pendengar semua tu. Apa-apapun, MH seronok dengar cerita Raqib.