Awal semalam, hos dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi mengenai pengalaman seorang ustazah yang dikenali sebagai Syadiya Abbas yang berhadapan situasi getir saat berada di wad kecemasan selepas terlibat dalam kemalangan.

Kata Syadiya seperti yang dipetik antara lain membayangkan, dia berdoa agar Allah sentiasa menjaga auratnya, meski dalam apa sahaja situasi sekalipun.

View this post on Instagram

Perkongsian Ustazah @shadiyaabbas : TUHAN, TOLONG TUTUP AURATKU. Semasa kemalangan itu berlaku, aku mendengar seorang jururawat berkata kepada temannya yang aku mesti ditukarkan baju. Jubah dan tudung penuh darah. Jururawat tu berkata kepadaku; “Dik, kita gunting baju awak ni ye.” Saya akur. Kini badan saya ditutup dengan sehelai kain. Kemudian seorang jururawat menarik stokin saya. Saya kata; “Nurse, jangan. Kaki saya sejuk.” Sebenarnya, itu sahaja aurat yg mampu saya jaga. Dalam ICU tu saya tidak tahu keadaan wajah saya. Tapi saya tahu cedera sahaja. Saya boleh bercakap, walaupun saya tak tahu bibir kanan saya dah koyak. Saya tahu rambut saya terdedah. Doktor lelaki dan perempuan bergilir-gilir meninjau keadaan saya. Sehingga seorang doktor lelaki mengambil gambar saya dan menunjukkannya kepada saya. “Maaf ye. I terpaksa tunjuk muka U. Cedera teruk. Kita kena buat plastic surgery hari ni juga.” Saya merenung skrin telefonnya. “Doktor, nanti kasi hidung saya macam U.” Saya katakan kepada seorang Dr perempuan India yang memberi kata-kata kekuatan kepada saya. Ketawa Dr India tu. Manis. “You kan sakit, boleh buat joke.” Dalam keadaan mata saya berbalam melihat cahaya lampu, saya disorong keluar. Saya dengar suara-suara manusia yg kebanyakannya lelaki. Hati saya galau. Kemudian saya disorong masuk ke dalam sebuah bilik. Saya seorang diri. Sunyi dan sejuk di dalam bilik. Saya merintih. Bukan kerana sakit, tetapi kerana saya TIDAK BERDAYA. “Tuhan, aku tidak berdaya. Aku redha tapi aku malu kerana auratku terdedah. Tutuplah kepalaku Ya Allah.” Sedang saya berbisik-bisik tanpa suara, datang seorang jururawat. “Ustazah, saya tutup kepala ustazah dengan tuala ye. “ jururawat yg saya tak nampak wajahnya, meletakkan kain atas kepala saya. Dia mengemaskannya sehingga menutup leher saya. Saya sebak. Tuhan… Engkau Maha Memelihara Engkau Maha Penjaga Dalam keadaan aku berkuasa aku berusaha taat kepadaMu Dalam keadaan aku tiada daya ampunilah aku Engkau Tidak Akan Menghampakan HambaMu Walau beribu derhaka Berjuta peluang engkau buka agar kembali kepadaMu. Aku tak boleh hidup tanpaMu. Imbasan Peristiwa; Shadiya Hospital Besar Ipoh April 2018

A post shared by ?Ahmad Fedtri Yahya? (@fedtriyahya) on

Berikut merupakan status yang diulang kembali, yang diambil menerusi kapsyen bintang berkenaan.
“Perkongsian Ustazah @shadiyaabbas :

TUHAN, TOLONG TUTUP AURATKU.

Semasa kemalangan itu berlaku, aku mendengar seorang jururawat berkata kepada temannya yang aku mesti ditukarkan baju.

Jubah dan tudung penuh darah.Jururawat tu berkata kepadaku;
“Dik, kita gunting baju awak ni ye.”
Saya akur. Kini badan saya ditutup dengan sehelai kain.Kemudian seorang jururawat menarik stokin saya. Saya kata;
“Nurse, jangan. Kaki saya sejuk.” Sebenarnya, itu sahaja aurat yg mampu saya jaga.

Dalam ICU tu saya tidak tahu keadaan wajah saya. Tapi saya tahu cedera sahaja. Saya boleh bercakap, walaupun saya tak tahu bibir kanan saya dah koyak.
Saya tahu rambut saya terdedah. Doktor lelaki dan perempuan bergilir-gilir meninjau keadaan saya. Sehingga seorang doktor lelaki mengambil gambar saya dan menunjukkannya kepada saya. “Maaf ye. I terpaksa tunjuk muka U. Cedera teruk. Kita kena buat plastic surgery hari ni juga.” Saya merenung skrin telefonnya. “Doktor, nanti kasi hidung saya macam U.” Saya katakan kepada seorang Dr perempuan India yang memberi kata-kata kekuatan kepada saya. Ketawa Dr India tu. Manis. “You kan sakit, boleh buat joke.” Dalam keadaan mata saya berbalam melihat cahaya lampu, saya disorong keluar. Saya dengar suara-suara manusia yg kebanyakannya lelaki. Hati saya galau.

Kemudian saya disorong masuk ke dalam sebuah bilik. Saya seorang diri. Sunyi dan sejuk di dalam bilik.
Saya merintih. Bukan kerana sakit, tetapi kerana saya TIDAK BERDAYA. “Tuhan, aku tidak berdaya. Aku redha tapi aku malu kerana auratku terdedah. Tutuplah kepalaku Ya Allah.” Sedang saya berbisik-bisik tanpa suara, datang seorang jururawat. “Ustazah, saya tutup kepala ustazah dengan tuala ye. “ jururawat yg saya tak nampak wajahnya, meletakkan kain atas kepala saya. Dia mengemaskannya sehingga menutup leher saya.

Saya sebak.
Tuhan…
Engkau Maha Memelihara
Engkau Maha Penjaga
Dalam keadaan aku berkuasa aku berusaha taat kepadaMu
Dalam keadaan aku tiada daya ampunilah aku
Engkau Tidak Akan Menghampakan HambaMu
Walau beribu derhaka
Berjuta peluang engkau buka agar kembali kepadaMu

Aku tak boleh hidup tanpaMu,” tulisnya panjang lebar.
Momen tersebut difahamkan berlaku pada April tahun lalu di Hospital Besar Ipoh, Perak.
Lalu, perkongsiannya itu dilihat memberi pelbagai reaksi netizen dan rata-ratanya buka mata seterusnya menginsafi diri untuk menjadi insan yang lebih baik, istiqomah dan sebagainya.
Moga-moga perkongsian tersebut memberikan manfaat positif buat semua, insyaAllah…
Foto: Instagram Ahmad Fedtri/ Ustazah Syadiya Abbas

 

Apa Kata Anda