Jarang betul dengar cerita pergaduhan di antara pasangan ini. Namun baru-baru ini perkahwinan David dan Victoria Beckham sedang goyah apabila David sanggup membuat keputusan untuk mengurangkan waktu bersama anak-anaknya.

Melalui laporan The Sun UK, ada sumber memberitahu Victoria atau lebih dikenali sebagai Posh terlalu bengang, hancur hati dan terkejut besar dengan suaminya apabila kepten England itu akan berpindah ke Florida untuk menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri untuk Major League Soccer.

“Ini adalah masa yang paling teruk dalam perkahwinan mereka. Dia merasakan David telah membuat satu lagi keputusan mementingkan diri sendiri dengan meletakkan kariernya paling atas,” jelas sumber tersebut.

Ads

Bagaimanapun kenyataan ini terjawab dan nampkanya pereka fesyen ini sebenarnya tidaklah marah seperti yang disangkakan.

Ads

Sebaliknya dia tetap akan menyokong keputusan suaminya itu. Malah, Posh telah muat naik video mengucapkan tahniah dan teruja untuk menyokong keputusan suaminya itu.

Ads

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI