Hari ini, industri seni tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon dan pelawak lagenda tanah air, Hamid Gurkha.

Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh pengendali akaun Facebook, Hamid Gurkha sebentar tadi.

Perginya Pelawak Lagenda, Hamid Gurkha Meninggal Dunia

“Assalamualaikum semua peminat Pak Hamid. Pak Hamid telah meninggalkan kita semua. Semoha rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman,” tulisnya.

IKLAN

Perkhabaran mengenai pemergian pelawak ini juga turut dilaporkan menerusi laman Instagram program tv, Melodi.

Memetik laporan Melodi, Hamid Gurkha telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2.11 petang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Dalam pada itu, pengendali akaun tersebut turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga Hamid Gurkha ditempatkan bersama golongan beriman.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut menyifatkan pemergian Hamid Gurkha sebagai satu kehilangan besar buat industri seni tanah air.

Sebelum ini, portal berita, Harian Metro melaporkan Hamid Gurkha telah dimasukkan ke hospital sejak Khamis lalu berikutan masalah kesihatan paru-paru yang dialaminya.

IKLAN

Sepanjang bergelar pelakon, Hamid Gurkha telah membintangi pelbagai filem-filem tempatan antaranya Panglima Badol, Gila-Gila, Zombi Kampung Pisang dan banyak lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Facebook Hamid Gurkha, Melodi & Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI