Terkejut MH baca berita dunia apabila seorang penyanyi wanita di Pakistan maut ditembak mati tiga lelaki Sabtu lalu atas sebab yang sangat tidak wajar!

Menurut laporan media tempatan,mangsa yang dikenali sebagai Sumbul Khan, 25 tahun ditembak beberapa kali di rumahnya setelah tiga lelaki bersenjata memecah masuk ke kediamannya di Mardan.

Pergh Ngeri, Enggan Teman Ke Parti, Penyanyi Wanita Pakistan Ditembak Mati!

Dalam kejadian tersebut, Sumbul dipercayai dipaksa untuk mengikuti ketiga-tiga lelaki tersebut ke sebuah parti tertutup namun ditolak mengakibatkan dia dibunuh.

IKLAN

Kesemua pelaku melarikan diri setelah membunuh mangsa bagaimanapun pihak polis berjaya menahan salah seorang daripada mereka, manakala dua lagi masih bebas.

Polis kini giat menjalankan usaha mengesan dua orang lagi pelaku.

Bagi MH, kalau dah orang tak nak…jangan lah paksa sambil membunuh pula. Tak pasal-pasal seorang individu kehilangan masa depan dek kerana sikap tak bertanggungjawab manusia.

IKLAN

Sumbul terkenal di Pakistan kerana ada membintangi beberapa drama di Pakistan serta mempunyai wajah yang menawan.

Dalam pada itu, MH difahamkan, insiden yang berlaku pada Sumbul bukanlah pertama kali berlaku di Pakistan.

IKLAN

Dua tahun lalu, pembunuhan pelakon dan penari, Kismat Baig amat menggemparkan media. Dia ditembak sebanyak 11 kali di kaki, perut dan lengan sewaktu memandu pulang dari kerja.

Menakutkan! MH harap janganlah ada kejadian seperti ini berlaku di Malaysia. MH juga nak ingatkan para wanita di luar sana, tolong berhati-hati dan jaga keselamatan diri masing-masing ya!

Sumber: Independant UK

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI