Kemunculan kumpulan kpop tumbuh bak cendawan masa kini. MH pun dah ‘lost’ bila ditanya mengenai kumpulan-kumpulan yang baru debut ini. Yang MH kenal adalah kumpulan seperti Big Bang, Girl’s Generation dan Super Junior.

Tapi, lain pula halnya dengan kumpulan ‘boy band’ popular, Backstreet Boys (BSB). Mereka ini lagi hebat daripada MH tau mengenai kumpulan kpop ini.

Pergh! BackStreet Boy pun Minat Kpop ?

IKLAN

Baru-baru ini, ahli kumpulan BSB, Nick, Aj, Howie dan Kevin ada berbual dengan peminat menerusi media sosial dan diajukan soalan mengenai pandangan mereka mengenai kumpulan kpop, BTS (Beyond The Scene)

“Buat pengetahuan korang, kami sangat meminati BTS, sebenarnya, Steve Aoki ada memainkan salah satu lagu kolaborasi beliau bersama kumpulan tersebut yang masih belum dilancarkan.

“Ia adalah remix yang diolah oleh Aoki di studionya. Kami juga ada mengajak BTS ke persembahan kami di Las Vegas,” kata mereka.

MH difahamkan, BTS yang dianggotai 7 anak muda iaitu Jin, Suga, RM, J-Hope, V,Jimin dan Joongkok melakukan debut di Amerika Syarikat tahun lalu serta sudah mempunyai jutaan peminat di serata dunia sejak debut pada 2013.

IKLAN

Pergh! BackStreet Boy pun Minat Kpop ?

Lagu remix mereka bersama Aoki bertajuk ‘Mic Drop’ sudah menduduki carta billboard selama 10 minggu.

IKLAN

Mungkin para peminat boleh mengharapkan kolaborasi antara BSB dan BTS pula selepas ini? mesti meletop kan?

Sumber: BillBoard & Allkpop

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI