Mula menceburi bidang nyanyian pada tahun 2014 sebagai salah seorang protege Ella semasa program Mentor Legend, nama Putera Muhammad semakin mendapat tempat di hati peminat.

Dalam kesempatan MH bertemu dengan Putera semasa The Stage Raya di Karnival Karangkraf, baru-baru ini, dia sempat berkongsi perkembangan terbaru dirinya.

“InsyaALLAH, lepas raya nanti akan keluar single kedua, lagu semua dah siap, dah record, cuma tajuk sahaja masih belum ada.

“Apa-apapun, nantikanlah,”katanya.

Terdahulu, Putera mengeluarkan single pertamanya, Ada Kamu pada Julai tahun lalu mendapat sambutan positif orang ramai.

IKLAN

Dalam pada itu, Putera juga mengakui bahawa dia sebelum ini seorang pemalu.

IKLAN

“Saya dulu pemalu orangnya, tapi bila dah ‘join’ industri kena jumpa orang ramai, jadi kenalah buang sifat tu.

“Takut pula nanti orang cop sombong. Tapi bagus juga sebab sekarang saya dah berani nak ‘approach’ orang semua,”katanya lagi.

Haaa, sebab itu kot dia boleh joget sakan semasa video lagu ‘Syantik’, Wani Kayrie bersama artis Suria Records baru-baru ini.

IKLAN

“Itu sebenarnya kita orang ikutkan kemahuan Wanie yang nak buat video menari lagu itu.

“Mula-mula masa buat tu tunggu jugak kalau ada orang tegur, tapi takda jadi saya ‘go on’ jelah.

“Cuma, saya nak minta maaflah kalau ada yang tak suka ‘tarian’saya itu,”katanya lagi.

Tak apalah Putera, yang penting orang enjoy kan? Apa-apapun, MH doakan perjalanan karier Putera ya. All the best!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI