Pemain bola sepak kebangsaan Portugal dan penyerang Liverpool, Diogo Jota, dilaporkan maut dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanyol awal pagi semalam bersama adik lelakinya, Andre Silva.

Perkara itu disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Khamis. Kemalangan tersebut berlaku di kawasan Cernadilla, Zamora, di utara Sepanyol sekitar pukul 12.30 tengah malam waktu tempatan.

Menurut FPF, adik Jota, Andre Silva, 26, yang bermain untuk kelab divisyen dua Portugal, Penafiel, turut terkorban dalam insiden berkenaan.

Siasatan awal pihak berkuasa Sepanyol, Guardia Civil, mendapati kejadian berpunca daripada tayar meletup ketika kenderaan berkenaan cuba memotong sebuah kereta lain. Kenderaan mewah jenis Lamborghini yang dinaiki mangsa kemudiannya terbakar.

Ads

“Kami di Persekutuan Bola Sepak Portugal dan seluruh komuniti bola sepak negara ini amat terkejut dan berduka cita dengan pemergian Diogo Jota dan adiknya, Andre Silva,” ujar kenyataan FPF.

Penyerang Liverpool, Diogo Jota Maut Dalam Kemalangan Ngeri

Penyerang Liverpool, Diogo Jota Maut Dalam Kemalangan Ngeri

Ads

Tambah kenyataan itu, Jota bukan sahaja dikenali sebagai pemain hebat dengan 49 kaps antarabangsa dan dua kejuaraan Liga Negara UEFA (2019 dan 2025), malah dihormati kerana keperibadian beliau yang disenangi rakan dan lawan serta disenangi komuniti.

Di peringkat kelab, Jota memainkan peranan penting dalam kejayaan Liverpool merangkul kejuaraan Liga Perdana musim lalu menerusi enam jaringan gol dan empat bantuan jaringan daripada 26 penampilan.

Ads

Anak kelahiran Massarelos itu memulakan kerjayanya di Paços de Ferreira sebelum berhijrah ke Atlético Madrid. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke Porto dan Wolverhampton Wanderers, sebelum menyertai Liverpool serta mencipta nama sebagai penyerang yang disegani di peringkat antarabangsa.

Jota, 28, yang menjadi tonggak utama Liverpool dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim lalu, difahamkan baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Rute Cardoso dua minggu lalu. Hasil perkongsian hidup selama ini, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI