Penyanyi Neeta Manishaa tampil membuat satu laporan polis terhadap seorang individu berkenaan sepotong video pendek yang didakwa membabitkan dirinya sehingga menjadi viral menerusi aplikasi TikTok.

Ketua Pemasaran Dan Promosi Nar Records Sdn Bhd, Becky Zulkepli menerusi satu kenyataan menjelaskan, video tersebut disifatkan sebagai memalukan selain menyentuh sensitiviti serta maruah bintang berusia 27 tahun itu.

Berikut merupakan kenyataan penuh berkaitan perkara tersebut;

“Berikutan tindakan seorang pengamal media memuat naik satu klip yang di ambil dari salah satu program televisyen yang sedang ditayangkan dengan tajuk ‘SALAH PARKING’ di aplikasi TikTok, pihak pengurusan Neeta Manishaa, NAR Records telah mengambil tindakan meminta Neeta utk membuat satu laporan polis terhadap kes tersebut.

IKLAN

“Video itu amat memalukan dan menyentuh sensitiviti dan maruah Neeta sebagai wanita. Dengan niat atau tujuan apa individu terbabit masih tidak dapat di pastikan kerana usaha untuk menghubungi individu tersebut gagal kerana beliau tidak memberi maklum balas tentang isu ini.

“Sehingga jam 10 malam, masih belum ada balasan dan video tersebut masih belum di padamkan seolah-olah individu tersebut tidak mengambil peduli langsung dengan kejadian ini.

“Mungkin bagi sesetengah orang ia satu perkara kecil tetapi pihak pengurusan menyelar perbuatan tersebut dan kerana video yang sengaja di muat naik itu mengundang kecaman dan tomahan orang terhadap anggota tubuh Neeta dan diri Neeta sendiri.

IKLAN

“Neeta sendiri merasa sangat terkilan kerana individu itu bukan lah orang lain tetapi seorang pengamal media yang tinggi juga jawatannya di dalam kerjaya yang di ceburi.

“Tujuan Neeta mengambil keputusan untuk membuat laporan polis juga atas desakan pengurusan juga bukanlah ingin memperbesarkan isu dan bukan ingin mengadu domba tapi agar individu itu dan sesiapa saja pengguna media sosial dapat menggunakan media sosial dengan betul bukan untuk mengecam, ‘body shaming’ dan membuat buli cyber di mana itu adalah satu kesalahan di bawah akta SKMM.

IKLAN

“Pihak pengurusan NAR Records sekali lagi dengan sekeras-kerasnya menyelar tindakan individu itu dan akan meneruskan tindakan selanjutnya.”

Terdahulu, di dalam video tular tersebut, tertulis ayat ‘salah parking’ yang didakwa merujuk kepada rakaman Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manishaa Manogaran, yang sedang membetulkan pakaiannya menerusi sebuah program pertandingan hiburan, baru-baru ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI