Penyanyi terkenal era 70-an dan 80-an, biduan Halil Chik meninggal dunia disebabkan serangan angin ahmar sekitar jam 7.00 pagi ini di Hospital Ampang.
Menurut rakan baik Allahyarham, Datuk Tommie Tumiran yang mengesahkan perkara itu, jenazah berkemungkinan akan dikebumikan selepas solat Asar.
“Saya terpaksa menangguhkan sebentar pengebumian, kerana menunggu adik-beradik arwah yang sedang bertolak daripada Singapura, tetapi jika mereka sempat sampai awal, kami akan melaksanakannya segera,” katanya.
Ads
Sementara itu, rakan selebriti turut merakamkan salah takziah dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.
Selepas tular kisah guru merotan pelajar baru-baru ini, pelakon Diana Danielle ada mengimbau kisah pada zaman persekolahannya.
Isteri kepada Farid Kamil ini pada masa sama ada mendedahkan, denda yang diterima menyebabkan dia tidak mahu lagi lakikan kesalahan kali kedua.
“Zaman sekarang kena cubit pun mak ayah dah zoom depan pintu guru besar. Kalau dulu cikgu maths saya siap pusing tali pusat dgn aku aku sekali terpusing2 hanya sebab tertinggal buku latihan.. lepas rasa sekali dah takde lupa2 dah, aktif terus ingatan kalau masuk maths class.
“Kelas BM dulu kalau tak siapkan karangan rotan halus dah standby gantung kat kelas (cikgu BM suka psycho kita sebelum dia masuk dah gantung dulu), bayangkan kalau tak siap pun magically boleh siap karangan dalam masa 5 minit sbb tak rela bila tahu nasib, tahu outcome.
“Dah la lepas dirotan, kena duduk luar kelas habiskan karangan baru boleh masuk. Malu eh kengkawan tgk kita tak siapkan kerja skolah,” tulisnya.
Tambahnya lagi, guru punya hak untuk mendidik, namun bukan sehingga mencederakan pelajar.
“Tapi ye faham, kadang cara punishment pun perlulah sesuai dgn kesalahan + umur budak tu. Jangan la didera dgn tali paip sampai hilang kaki, itu bukan mendidik dah tu. Apapun terima kasih cikgu, i love u tq for twisting my pusat,” kongsinya lagi.
Setiap kali raya, sudah pasti semua sanak saudara akan berkumpul meraikan kedatangan Syawal dan pastinya juga, akan ada sesi ‘igauan besar’ buat mereka yang belum berkahwin.
Ini kerana, pasti akan ada pertanyaan dari pakcik dan makcik yang akan tanya, bila mahu tamat zaman bujang, manakah menantu dan sebagainya. Aduh… rimas bukan? Begitulah juga situasinya bila ke rumah terbuka.
Mahu tak mahu, jawab sahajalah kan dengan muka yang ‘kelat’. Apa pun jangan mudah mengalah, apa kata anda cari alternatif lain, biarkan mereka tidak lagi bertanya soalan sama tiap-tiap tahun.
Kongsi Pengalaman Manis Di Kota
Apa kata anda sesekali cuba isi masa dengan sanak saudara yang lain dengan bercerita atau berkongsi hal menarik di kota tempat anda bekerja. Hidangkan dengan hal-hal hiburan yang menyeronokkan atau paling tidak bercakap mengenai perkembangan teknologi gajet di bandar.
Cubalah tunjukkan ciri-ciri best yang ada dalam telefon pintar HUAWEI Nova 4 misalnya seperti emoji dan stickers yang comel. Ajak sama mereka untuk selfie dengan anda!
Cuba Jadi Penting Dalam Keluarga Besar
Bila ramai ahli keluarga yang datang bertandang, pasti akan ada seseorang yang menjadi pemudah cara untuk semua yang dilakukan bersama. Kali ini cuba untuk bantu keluarga besar anda, misalnya bantu mereka dalam menentukan sudut terbaik apabila bergambar.
Malah anda cuba jadi ‘hero’ dengan tawarkan telefon pintar HUAWEI Nova 4 yang mempunyai ciri khas, Ultra Wide Angle yang membantu anda untuk mendapatkan hasil gambar terbaik meski sudutnya terhad.
Dari situlah anda mulai dipandang penting pakcik dan makcik, soalan lain pun mereka lupa nak tanya sebabnya terlalu teruja tengok hasil foto!
Cipta Keriangan Bersama!
Tidak sah kalau tak lakukan aktiviti meriah di hari raya kan? Jadi kalau ada masa terluang tu, cubalah sesekali berinteraksi dengan sanak saudara dengan berkongsi hal permainan online dengan menggunakan telefon pintar HUAWEI anda.
Misalnya GPU Turbo yang jadi ciri baru yang disuntik HUAWEI bagi menambat hati pencinta games online. Bila sudah rasa syok main games tu, nak tanya hal lain pun boleh lupa.
Jadilah ‘the best uncle or auntie!’
Okay ini lagu satu cara untuk elak dari pakcik atau makcik tanya soalan yang bukan-bukan. Ambil hati anak-anak mereka di kampung dengan melakukan aktiviti santai bersama-sama. Contohnya menerusi HUAWEI Nova 4, ada fun video ringtones yang boleh anda aplikasikan bersama mereka.
Atau pun, cubalah rakam aksi si kecil dengan menggunakan fungsi Slow-mo. Rakam gerak perlahan ketika mereka sedang kunyah kuih raya.
Sebabnya HUAWEI Nova 4 mampu merakam gerak perlahan sehingga 480 bingkai sesaat. Kemudian tunjukkan mereka mimik muka masing-masing. Pasti seronok bila ketawa bersama!
Paling menarik, jika anda beli mana-mana telefon pintar HUAWEI Nova 4 Series dalam bulan Ramadan ini, anda layak untuk dapat Kad VIP bernilai RM1,000.
Pembelian Nova 4 & 4e di kedai online rasmi HUAWEI akan mendapatkan anda HUAWEI Band 3 bernilai RM239 dengan percuma.
Pengguna HUAWEI Nova 4 Series juga berpeluang memenangi sebuah HUAWEI MediaPad M3 Lite bernilai RM999 melalui Raya Campaign daripada HUAWEI.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).