Tahniah diucapkan buat penyanyi kumpulan Kristal, Ewal, 29, yang telah pun selamat bertunang dengan  pasangan, Nur Syuhada Baharuddin, yang juga adik kepada pemain gitarnya, Rody.

Menurut Ewal atau nama sebenarnya Ikhwan Hafiz Ismail, dia dan Syuhada atau Adda tidak mahu menunggu lama sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

“Insya-Allah, kami rancang untuk berkahwin pada November atau Disember tahun ini. Tak nak tunggu lama-lama. Apa pun ia bergantung kepada situasi semasa memandangkan kita masih dalam pandemik Covid-19,” katanya.

Penyanyi Ewal Kini Tunangan Adda, Rancang Kahwin Tahun Ini; “Tak Nak Tunggu Lama, Apa Pun Ia Bergantung Kepada…” Penyanyi Ewal Kini Tunangan Adda, Rancang Kahwin Tahun Ini; “Tak Nak Tunggu Lama, Apa Pun Ia Bergantung Kepada…” Penyanyi Ewal Kini Tunangan Adda, Rancang Kahwin Tahun Ini; “Tak Nak Tunggu Lama, Apa Pun Ia Bergantung Kepada…”

IKLAN

Memetik Harian Metro, Ewal menjelaskan, jika majlis perkahwinan masih tidak dibenarkan berlangsung pada waktu itu, dia akan selesaikan perkara yang wajib terlebih dulu iaitu akad nikah.

“Paling penting adalah akad nikah. Kalau majlis perkahwinan tak diizinkan pada ketika itu, mungkin kami akan adakan majlis kecil untuk keluarga saja.

“Setakat ini, ada beberapa syarikat perancang perkahwinan yang kami sudah hubungi. Rata-ratanya memaklumkan slot untuk bulan Disember sudah penuh,” katanya.

IKLAN

Majlis yang berlangsung di kediaman keluarga Adda di Balakong, Selangor, semalam itu dihadiri kurang 10 tetamu terdiri daripada wakil kedua-dua belah keluarga.

Ewal yang juga anak kepada bekas penyanyi Wings, Mel mula bercinta dengan Adda sejak empat bulan lalu sebelum membuat keputusan untuk bertunang.

IKLAN

Sementara itu pasangan sama cantik sama padan ini turut berkongsi momen indah mereka menerusi akaun Instagram masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EWAL (@ewalofficial)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Syuhada (@adda_baharuddin)

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI