Mengalami detik cemas apabila rebah dan pengsan sebaik selesai segmen pertama malam finale, Naib Juara Dewi Remaja 2022, Bee Aishah berkata dia tetap bertekad mahu menghabiskan perjuangannya dalam pertandingan tersebut.

Mendedahkan dirinya menghidap penyakit talasemia sejak berusia tiga tahun, Bee atau nama sebenar, Siti Nur Aishah Bee Mohd Nor, 22, berkata dia pengsan sehingga hampir dikejarkan ke hospital berdekatan namun sebaik mengetahui namanya berjaya melepasi Top 4, dia menguatkan azam bagi meneruskan langkah.

Menurutnya lagi, kekurangan oksiden dalam badan menyebabkan dia terpaksa mendapatkan bantuan paramedik.

“Sebenarnya, sewaktu latihan lagi saya dah kekurangan oksigen tapi saya sempat dapatkan bantuan oksigen dengan bantuan paramedik sebelum muncul di pentas akhir.

Pengsan Belakang Pentas, Naib Juara Dewi Remaja 2022 Tak Patah Semangat Terus Perjuangan

IKLAN

“Tetapi, tidak disangka-sangka selepas berakhir segmen pertama, saya pengsan sekejap sebab kekurangan oksigen sekali lagi.

“Faktor utama saya kekurangan oksigen adalah disebabkan saya memang ada hidap penyakit Major Talasemia sejak saya berusia tiga tahun lagi.

“Saya perlu melakukan transfusi darah (proses penerimaan darah dalam badan) dalam tempoh sekali sebulan.

IKLAN

“Mungkin disebabkan bacaan darah yang rendah itulah punca sebenar saya pengsan di belakang pentas,” katanya kepada MH.

Pentas akhir Dewi Remaja 2022 menobatkan peserta dari Tambunan, Sabah, Tracie Sinidol, 21, sebagai juara.  Dengan kemenangan itu, Tracie membawa pulang wang kemenangan RM10,000, trofi beserta mahkota.

Pengsan Belakang Pentas, Naib Juara Dewi Remaja 2022 Tak Patah Semangat Terus Perjuangan

IKLAN

Kesemua finalis dinilai oleh tiga juri berpengalaman iaitu Datuk Aznil Nawawi, Didie Alias dan Izara Aishah.

Acara kemuncak Dewi Remaja 2022 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Sabtu dihoskan oleh Fikry Ibrahim.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI