Pengasas Playboy Meninggal Dunia

Tular di media sosial pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner telah meninggal dunia pada hari Rabu yang lalu di kediamannya, Beverly Hills.

Hugh meninggal dunia pada usia 91 tahun disebabkan sakit tua. Menurut satu kenyataan yang dipetik daripada sebuah portal , dia meninggal dengan tenang dan ditemani orang yang dia sayangi.

“Semua ahli keluarga berada di sisi Hugh disaat dia menghembuskan nafas terakhir di rumahnya.

“Hugh merupakan seorang ikon Amerika yang telah memperkenalkan majalah Playboy pada 1953 sehingga ia menjadi jenama terkenal dunia meninggal dunia dengan tenang disebabkan sakit tua.

“Kami semua di Playboy Enterprise akan sentiasa merindui mendiang dan berharap agar pihak keluarga tabah dengan berita kematian ini,” tulis kenyataan itu.

Hugh dilahirkan pada 9 April 1926 di Chicago Illinois dan berkahwin dengan Mildred Williams pada 1949 sebelum bercerai sepuluh tahun kemudian pada tahun 1959.

Hugh kemudian berkahwin dengan Kimberley Conrad pada 1989 sebelum bercerai pada 2010.

IKLAN

Mendiang kemudiannya berkahwin pula dengan Crystal Harris pada Disember 2012.

Pada tahun 1971, majalah Palyboy dijual sebanyak tujuh juta dan tiga tahun kemudian dia berpindah di Los Angeles. Malah, empire Hugh bertambah besar kepada dengan membuka 23 kelab playboy, resort, hotel dan kasino.

IKLAN

Sumber: E! Online