Tidak dinafikan, setiap penerbit bagi sesebuah produksi mempunyai ‘signature’ tersendiri yang boleh dilihat menerusi mana-mana naskhah yang diterbitkan.

Bagi Jaja Ishak yang juga pemilik Jaja Ishak Channel Sdn Bhd, sebagai anak jati Pahang, dia tak lokek untuk berbelanja lebih bagi membawa para pelakon menjalani penggambaran ke lokasi menarik sekitar negeri kelahirannya.

Secara langsung, dia mampu mempromosi seterusnya berkongsi keindahan sinematografi di negeri Tok Gajah itu.

“Meski tidak besar, namun ini antara inisiatif dan sumbangan saya kepada negeri Pahang. Paling tidak, ia dapat membantu memperkenalkan penonton mengenai tempat menarik serta budaya setempat.

“Saya percaya usaha ini mampu mempromosikan Pahang dan Malaysia ke pasaran lebih luas apabila penonton menonton naskhah yang dihasilkan. Selain tengok jalan cerita, mereka juga didedahkan dengan latar lokasi yang cantik,” katanya.

Jaja atau nama sebenarnya, Surja Khairul Ishak menambah, muka bumi Pahang pelbagai dan memiliki pelbagai jenis termasuk hutan, sungai, laut, air terjun, laut, bukit dan gunung-ganang.

IKLAN

Lebih menarik, kerajaan negeri juga turut mengalu-alukan penerbit yang ingin bekerjasama untuk melakukan penggambaran di negeri itu.

“Saya dimaklumkan kerajaan negeri membuka ruang untuk bekerjasama dengan mana-mana produksi yang berminat untuk menjadikan lokasi di negeri itu sebagai latar drama atau filem.

“Banyak yang boleh dipromosikan bukan sahaja lokasi tetapi juga makanan dan kraftangan tradisi serta unik untuk diketengahkan. Paling tidak, ia turut menyokong pelancongan dalam negara,” katanya lagi.

IKLAN

Teruja & Bangga Angkat Lokasi Menarik Pahang Jadi Latar Drama, Inisiatif Baik Penerbit Jaja Ishak Teruja & Bangga Angkat Lokasi Menarik Pahang Jadi Latar Drama, Inisiatif Baik Penerbit Jaja Ishak Teruja & Bangga Angkat Lokasi Menarik Pahang Jadi Latar Drama, Inisiatif Baik Penerbit Jaja Ishak

Sebelum ini, Jaja pernah melakukan penggambaran sekitar Taman Negara Pahang, Kuala Tahan menerusi drama Anak Sena yang diterbitkan pada 2021.

“Saya akui ada cabaran tersendiri kerana kami perlu menaiki bot meredah hutan dan sungai. Lebih mencabar apabila lokasi tertentu di sana tidak ada bekalan elektrik yang baik serta air hanya menggunakan tenaga solar.

IKLAN

“Bagaimanapun, itulah ‘adventure’ yang menjadikan ia suatu pengalaman yang menarik untuk dikongsikan. Lokasinya cukup cantik dan semula jadinya terpelihara,” katanya.

Jaja pada masa sama bercadang untuk mengetengahkan seni kraftangan Tenunan Di Raja Pahang dalam produksinya selepas ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Jaja sibuk menerbitkan drama episod berjudul Boss Kid dan Diari Cikgu selain beberapa drama khas Hari Raya tahun depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI