Selepas selesai menjalankan tanggungjawab sebagai penyampai undangan di Era FM, pengacara dan personaliti versatil, Sharifah Shahirah kini sah sebagai penyampai baharu di stesen radio Sinar FM.
Shahirah atau mesra disapa Shiera akan bergandingan bersama Hefny Sahad dan Falyq menerusi segmen Trio Petang Sinar.
Menurut Pengurus Jenama Sinar, Zureen Affendi, pengalaman luas yang dimiliki oleh Shiera diyakini mampu menyuntik tenaga baharu ke dalam segmen petang stesen berkenaan.
“Sebelum ni, Duo Sinar pernah bersama dengan Erra Fazira dan bagi impak positif. Jadi, ia ambil masa yang lama untuk mencari seseorang yang dapat memberikan impak yang sama.
” Kak Shiera dah pernah tolak tawaran pertama namun pada hujung tahun lalu, Kak Shiera terima dan ingin cuba angin baru,” katanya.
Sentuhan Wanita
Zureen turut menjelaskan, pemilihan Shiera bukan sekadar bersandarkan populariti, tetapi juga keperluan untuk membawa perspektif berbeza dalam segmen tersebut yang sebelum ini dikendalikan sepenuhnya oleh penyampai lelaki.
Ads
“Antara lain kriteria kami memilih Kak Shiera sebagai penyampai TRIO PETANG SINAR ialah ingin beri sentuhan wanita dalam segmen petang.
“Apa-apa pun ia satu perkhabaran gembira buat kami selepas Kak Shiera menerima tawaran itu dan sekaligus dapat meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti penyampai di SINAR,” katanya lagi.
Pihak pengurusan Sinar yakin kehadiran Shiera bukan sahaja akan menarik lebih ramai pendengar, malah mampu memperkukuh kedudukan stesen radio tersebut dalam kalangan pendengar setia di seluruh negara.
Ads
Pengalaman bernilai Sharifah Shahirah bukan nama asing dalam dunia penyiaran radio.
Sebelum ini, Shiera telah bertugas sebagai penyampai di Suria FM selama tujuh tahun sejak 2018.
Namun, pada Februari lalu, beliau mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama stesen berkenaan.
Ads
“Saya yakin dengan kemampuannya akan membawa Segmen Petang SINAR ke peringkat yang terbaik.
“Ini kerana pengalamannya dalam bidang penyiaran radio amat bernilai dan ini masanya Kak Shiera mencurahkan bakti, tenaga dan idea kepada stesen kami.
“Diharapkan pendengar dapat menyokong dan terhibur celoteh dan telatah Kak Shiera bersama Falyq dan Hefny,” ujar Zureen lagi.
Sebelum ini, nama Shiera turut menjadi perhatian selepas tampil menggantikan trio penyampai Era FM dalam tempoh mereka direhatkan susulan isu kontroversi, sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, lagu Sampai Bila berjaya melakar pelbagai catatan manis dalam kerjaya penyanyi terkenal Misha Omar.
Lalu rentetan daripada sukses tersebut, penyanyi kelahiran Kelantan itu sering diasak persoalan daripada peminat yang bagaikan tidak sabar menanti kemunculan single terkininya.
Bagaiamanpun bagi Misha, desakan tersebut tidak sekali-kali memberinya tekanan, sebaliknya menyifatkan keterujaan peminat itu sebagai isyarat kehadirannya sentiasa dirindui.
Hampir dua tahun membuai emosi peminat dengan Sampai Bila, Misha akhirnya berkongsi berita gembira apabila single terbarunya, Tanpa Rela bakal menemui umum pada pertengahan bulan depan.
Single itu cukup memberi Misha kepuasan tersendiri, apatah lagi apabila berpeluang memberikan sentuhan untuk lagu berkenaan.
Selain bertindak sebagai komposer, turut sama terlibat di dalam pembikinan Tanpa Rela termasuk Sze Wan manakala Slen dan Zul bertindak sebagai penulis lirik di samping Misha sendiri.
Pada masa sama, Misha menjelaskan semangatnya hadir untuk menghasilkan melodi Tanpa Rela selepas mendapat inspirasi menerusi sambutan luar biasa yang diterima ketika menjayakan konsert This Is Misha di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang lalu.
“Selepas 18 tahun dalam industri muzik, saya terfikir mengapa tidak saya memulakan satu langkah ke hadapan dengan menghasilkan melodi.
“Biarpun proses penghasilan Tanpa Rela menuntut perjalanan yang panjang, saya bertuah kerana niat itu dipermudahkan apabila dipertemukan dengan pengarah muzik, Lee Sze Wan ketika menjayakan Konsert Soul Sisters di Istana Budaya, April tahun lalu.
“Dari situ, kami mula rapat hingga tercetus idea untuk menjalin kerjasama dalam penghasilan single terbaru ini. Saya bersyukur kerana Sze Wan banyak memberikan tunjuk ajar, malah sentiasa sabar melayani kerenah saya yang masih hijau dari sudut komposisi lagu,” katanya.
Mengakui kejayaan Sampai Bila turut mendorongnya untuk meletakkan standard lebih tinggi dalam penghasilan single terbaru, Misha berkata, perkara itu membuatkan dia begitu teliti sebelum melangkah ke studio rakaman pertengahan Julai lalu.
Tambahan pula, Tanpa Rela adalah single pertama ciptaannya dan Misha turut memasang harap agar lagu tersebut berjaya memenuhi kehendak pencinta muzik tempatan.
Lalu, Misha mempersiapkan diri dengan mengikuti kelas vokal secara lebih intensif bersama pensyarah vokal berkaliber, Datuk Syafinaz Selamat demi memastikan dia mampu memberikan penghayatan dan penyampaian terbaik untuk Tanpa Rela.
“Tanpa Rela memberikan banyak pengalaman manis untuk saya kenang. Tidak hanya menjadi lagu pertama yang saya hasilkan, saya juga teruja kerana buat kali pertama dapat bekerjasama dengan Datuk Syafinaz di studio rakaman sebagai penasihat dan pengarah vokal.
“Ia memberikan suasana yang berbeza buat saya. Sebelum ini, saya hanya melangkah ke studio rakaman untuk memasukkan vokal apabila semua proses awal sudah selesai.
“Tetapi untuk Tanpa Rela, saya terbabit dari awal. Bermula dengan mencari idea untuk menghasilkan melodi, seterusnya berbincang dengan Sze Wan dari segi susunan muzik, saya juga terbabit dalam penulisan lirik.
“Apabila semua proses awal selesai, saya mendapatkan khidmat Datuk Syafinaz untuk membantu dari sudut penghayatan dan penyampaian lagu. Ia bukan perjalanan yang mudah, malah kami banyak berbincang bagi menceritakan emosi yang diluahkan menerusi setiap bait lirik.
“Untuk karya pertama ini, saya tidak mahu syok sendiri, sebaliknya saya turut membuka ruang untuk bekerjasama dengan banyak pihak kerana mahu memberikan yang terbaik kepada semua.
“Jujur saya akui, saya berasa selamat kerana di sisi saya ada banyak tangan, termasuk penulis lirik berpengalaman, Slen yang sentiasa bersedia memberikan magis mereka untuk melihat Tanpa Rela mencatat kejayaan membanggakan,” katanya.
Meskipun proses itu ada ketika memberinya tekanan, malah pernah membuatnya sukar melelapkan mata, Misha berdoa segala usaha dan kerja kerasnya itu membuahkan hasil yang diharapkan.
“Selalunya apabila sudah membuat persediaan rapi, ia memudahkan lagi tugasan sebelum melangkah ke studio rakaman. Saya pula sebaliknya.
“Saya menjadi semakin takut dan tidak senang duduk, terutama apabila memikirkan harapan tinggi yang diletakkan peminat. Ia cukup membuatkan saya resah.
“Namun, saya percaya, apabila sudah memberikan sepenuh hati, usaha itu harapnya dapat sampai dekat di hati peminat. Itu lebih penting kerana dokongan peminat menjadi kekuatan untuk saya berdiri selama ini,” katanya.
Tidak menafikan, semakin tidak sabar menanti detik Tanpa Rela dilancarkan, Misha berharap, usaha itu memberikan anjakan supaya dia lebih bersemangat dan serius mengorak langkah menjadi insan seni disegani.
“Tanpa Rela memberikan makna yang begitu besar dalam kerjaya nyanyian saya. Prosesnya tidak mudah kerana semua pihak yang terbabit, terutama Sze Wan dan Datuk Syafinaz begitu teliti.
“Mereka mementingkan kesempurnaan dari semua sudut dan sebagai penyanyi, kepercayaan besar mereka membuatkan saya berasa dihargai serta disayangi.
“Saya berharap Tanpa Rela akan menjadi penyambung legasi Misha Omar dalam perjalanan menuju dua dekad sebagai insan seni,” akhirinya optimis.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Amyra Rosli meluahkan rasa bimbang selepas memaklumkan anak perempuannya, Arya Ariyssa kini terpaksa di rawat di hospital akibat diserang demam panas.
Menurut Amyra, sejak dua hari lalu, suhu badan anaknya itu telah pun mencecah lebih 40 darjah celsius dan kini dikhabarkan masih lagi belum khebah.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Amar Baharin itu menerusi hantara terkini di laman Instagram sebentar tadi.
“Anak Daddy demam panas. Daddy sentiasa doa untuk adik cepat sembuh,” tulisnya ringkas.
Di ruangan komen pula, rata-rata peminat dan rakan selebritui turut menzahirkan kerisauan mereka selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Amyra dan Amar.
“Get well soon babygirl,” balas Datin Eina Azman.
“Sayang aunty doakan sayang sembuh supaya mommy daddy senang hati. Supaya boleh jumpa abang,” komen, pelakon, Nad Zainal.
“Ya Allah semoga cepat cepat sembuh. Semoga badan kuat melawan sakit, semoga ceria dan selera je makan ya baby sayang,” tulis pelakon, Haniz Zalikha.
“Allahuakhbar, moga diberi kesembuhan,” komen pelakon, Siti Elizad.
Sebelum ini, Amar juga pernah memaklumkan telah mengalami beberapa symptom pelik seperti bengkak kaki dan batuk berpanjangan setelah disahkan positif Covid-19 pada Mac lalu.
Sekadar informasi, Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 11 November 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayra Aryssa dan Aqeef Anaqi.
Dalam perkembangan lain, Amyra kini dilihat sibuk mempromosikan drama terbarunya yang berjudul, Jangan Menangis Cinta yang kini sedang ditayangkan di slot Mega Drama di saluran Astro Ria (104) dan Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Ihsan Foto: Instagram Amyra Rosli & Amar Baharin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah menyifatkan dirinya masih belum layak untuk menerima pengiktirafan sebagai Biduan Negara walaupun sudah hampir lima dekad terlibat industri seni tanah air dan mempunyai barisan lagu hits yang malar segar hingga ke hari ini.
Menurut Jamal, masih banyak perkara yang harus dibuktikannya bagi memastikan gelaran ulung tersebut selayaknya diberikan kepada mana-mana anak seni.
“Saya rasa belum layak lagi. Mungkin dalam masa setahun atau dua tahun lagi. Kena tengok juga tentang penglibatan dan pengorbanan kita di dalam industri seni.
“Kena ambil kira juga sama ada nyanyian kita ini mampu memenangi hati para pendengar.
“Ada juga penyanyi yang tidak perlu pun diberikan anugerah tapi di hati peminat, meraka merasakan kita layak. Itu sudah cukup buat saya,” katanya kepada MH.
Penyanyi yang terkenal dengan jolokan Raja Pop itu berkata sedemikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Blue Serenade Charity Dinner Live With PDRM Orchestra di Bukit Aman, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Jelas Jamal lagi, dia juga tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk berikan gelaran tersebut.
“Saya bersyukur jika ada yang mencadang nama saya. Namun, saya tidak terlalu mengharap. Jika penghormatan itu diberikan kepada saya, ia amat tinggi untuk saya terima,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai pengiktirafan yang diterima penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Biduanita Negara, Jamal tidak tahu menahu mengenai anugerah itu.
“Saya pun tidak tahu siapa yang memilih dan dipilih. Jadi, saya tak boleh nak komen apa-apa,” katanya.
Dalam pada itu, Jamal teruja apabila diundang oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk turut sama- sama membuat persembahan konsert amal bersama Blue Serenade Charity Dinner Live With PDRM Orchestra.
“Saya sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak PDRM diatas kerjasama ini. Ini julung kalinya saya mengadakan konsert besar bersama PDRM.
“Saya akan menyanyikan lima buah lagu beserta beberapa lagu medley selain akan berkolaborasi bersama Jo Branko.
“Saya juga bakal mengadakan latihan studio bersama pancaragam PDRM dan rehearsal sebelum konsert bermula,” katanya.
Blue Serenade Charity Dinner Live With PDRM Orchestra bakal berlangsung pada 28 Disember jam 9 malam bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka.
Selain Jamal, konsert amal ini turut menampilkan persembahan daripada artis-artis popular tanah air seperti Ziana Zain, Ella dan Jo Brandko manakala pelawak, Doughlas Lim sebagai hos acara.
Blue Serenade Charity Dinner Live With PDRM Orchestra bakal diiringi kumpulan Orkestra PDRM yang terdiri daripada 75 pemuzik.
Program ini juga bertujuan untuk menambah dana dan memperkukuhkan kedudukan kewangan tabung kebajikan PDRM.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!