Sejak diterbitkan sembilan tahun lalu, program realiti Gegar Vaganza (GV) diibaratkan sebagai platform terbaik bagi menyerlahkan kembali nama penyanyi senior yang pernah popular sebelum ini.
Bagaimanapun selepas hampir sedekad bersiaran, ‘DNA’ GV sudah berubah apabila produksi mulai membuka ruang kepada penyanyi yang masih aktif menjadi peserta.
Paling mencuri perhatian ialah apabila nama Shila Amzah kerana dia bukan sahaja pernah bergelar juara dalam dua pertandingan nyanyian yang dianjurkan tahun ini, malah baru saja menghasilkan single berjudul Bahagiakan Dia bersama Liza Hanim.
Mengulas rasional di sebalik perubahan yang dilakukan, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad menjelaskan format baharu ini bertepatan dengan peredaran masa.
Malah, garapan itu dilihat mampu menyuntik elemen kelainan selepas hampir sedekad program realiti itu disajikan kepada penonton.
“Hampir 10 tahun, kami rasakan sudah tiba masanya untuk GV melalui fasa penambahbaikan demi mengekalkan ia sebagai program hiburan popular dan berkualiti.
Ads
“Lagipun ini bukan perkara baharu yang kami lakukan kerana untuk musim lepas, kami pernah menampilkan Allahyarham Adibah Noor sebagai peserta, yang kita tahu dia masih aktif dalam bidang seni.
“Pada masa itu, sambutan yang diberikan penonton sangat hebat. Jadi untuk tahun ini tak salah rasanya jika kita nak buat elemen kelainan supaya program ini tidak statik dan bervariasi,” katanya.
Raqim juga tidak menolak kemungkinan format sama akan dikekalkan untuk musim depan.
“Untuk musim ini kita mempunyai 40 orang calon untuk diuji bakat. Malah kami juga menjelajah ke serata negeri termasuk Jakarta dan Indonesia untuk mencari peserta.
Ads
“Dua tahun lalu kita tak dapat nak bergerak ke mana-mana berikutan pendemik COVID-19, jadi kali ini kita lebarkan sayap untuk mencari peserta yang terbaik.
“Pun begitu, saya tak nafikan ada antara calon yang datang untuk sesi uji bakat terpaksa ditolak penyertaan mereka kerana berdepan dengan masalah kesihatan dan sebagainya.
“Kita semua tahu, konsep pertandingan di GV sangat mencabar kerana memerlukan kekuatan stamina. Persiapan perlu ada. Tak mustahil tahun depan kita akan saksikan peserta lama dan baharu berentap dalam GV,” katanya lagi.
Ads
Selain Shila, calon peserta wanita solo yang berjaya melepasi sesi uji bakat ialah Jaclyn Victor, Dina Nadzir, Pat Candy, Haida Hasnan dan Tom.
Manakala, enam peserta lelaki yang menyahut cabaran bagi edisi kali ini ialah Tomok, Asheed, Bob Yusof, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Roy Kapilla serta kumpulan VE yang terdiri daripada Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim.
Konsert mingguan GV9 akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 10 minggu bermula 18 September ini.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, telah dilantik menjadi Duta Wakaf Program Wakaf Masjid Al-Makmuriah, Kubang Kerian, Kelantan, baru-baru ini.
Menurut PU Riz yang juga suami kepada selebriti terkenal Neelofa, pelantikan berkenaan khusus bagi membantu program itu untuk mengumpul dana bagi tujuan membiayai pembelian tanah, pembangunan infrasruktur dan membaik pulih rumah asnaf.
“Pertamanya, saya terima pelawaan ini kerana ia adalah masjid persendirian yang tidak dinaungi mana-mana pihak kecuali orang masjid sendiri serta bantuan pun diterima oleh orang ramai.
“Komitmen saya lebih pada membantu pihak masjid mencari dana dan sedekah bagi beberapa tujuan seperti pembelian tanah, pembangunan infrasruktur dan membaik pulih rumah asnaf.
“Selain itu, pihak masjid akan menjalankan beberapa program sepanjang enam bulan ke depan ini. Jadi, saya mengharapkan orang ramai terutama pengikut saya di media sosial untuk bersama-sama menyumbang seikhlasnya,” katanya.
Tambah PU Riz, majlis menandatangani pelantikan terbabit dibuat di masjid itu pada 6 Julai lalu.
Turut diadakan sejurus kerjasama berkenaan adalah Kuliah Maghrib Perdana ‘Generasi Z Cinta Masjid’ yang dihadiri lebih 300 penduduk setempat.
“Alhamdulillah, sasaran program ini memang dalam kalangan golongan muda. Malah, itu juga antara sebab kenapa saya dipilih menjadi duta wakaf ini oleh pihak masjid.
“Semoga kerjasama kami dapat menggerakkan lagi golongan muda untuk terbabit sama dalam program yang bakal diadakan selepas ini.
“Paling penting juga, semoga segala apa yang dirancang pihak masjid dari segi pembangunan dan membantu golongan asnaf dapat dilaksanakan dan dipermudahkan Allah SWT,” katanya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian bekas pelakon Baywatch, Pamela Bach, yang juga bekas isteri kepada David Hasselhoff.
Pamela, 62, ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Hollywood Hills pada 5 Mac lalu dengan luka tembakan sendiri di kepala.
Punca kematiannya disahkan sebagai bunuh diri oleh Pejabat Pemeriksa Perubatan Los Angeles.
Nama Pamela mula dikenali menerusi siri TV Knight Rider pada 1985 dan ketika itulah dia bertemu David Hasselhoff. Hubungan mereka semakin erat dan membawa kepada perkahwinan pada tahun 1989.
Pamela kemudian turut membintangi Baywatch bersama suaminya sebelum pasangan ini bercerai pada tahun 2006. Dalam siri terkenal itu, Pamela membawa karakter Kay Morgan, seorang pemilik restoran.
Penampilan Pamela dalam Baywatch
Sementara itu, dalam satu kenyataan rasmi, David menyatakan kesedihan atas pemergian bekas isterinya.
“Keluarga kami amat berduka dengan kehilangan Pamela Hasselhoff. Kami amat menghargai segala kasih sayang dan sokongan yang diberikan pada saat sukar ini, namun kami memohon ruang privasi untuk berkabung serta melalui masa yang mencabar ini,” katanya.
Dilahirkan di Tulsa, Oklahoma, Bach memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1970-an. Sepanjang kariernya, beliau pernah membintangi beberapa siri TV popular seperti The Young and the Restless, Cheers, The Fall Guy, T.J. Hooker, Superboy dan Viper.
Manakala, peranan filem sulungnya adalah menerusi filem Rumble Fish pada 1983, diarahkan oleh Francis Ford Coppola. Kali terakhir dia membintangi filem More than Puppy Love, yang disiarkan pada tahun 2002.
Pamela Bach dan David Hasselhoff dikurniakan dua orang anak perempuan hasil perkahwinan mereka, iaitu Taylor Ann Hasselhoff dan Hayley Amber Hasselhoff.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan suami isteri yang cantik sama tampan Fazura dan Fattah Amin kini berada di kota Los Angeles, California.
Baru-baru ini, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin ada berkongsi beberapa keping gambar ketika dia meluangkan masa bersama suaminya di pantai Venice menerusi akaun Instagram.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 35 tahun itu turut menitipkan kata-kata ucapan buat suaminya.
“Precious moments. I’m so happy he’s here with me being my best support system and always being the one who believes in me. I love you. You’re my gem baby. #FazbulousInLA #FattasticInLA,” tulisnya.
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusli akui teruja apabila menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha memutuskan untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua.