Gara-gara tersebarnya sebuah foto di mana Haqiem Rusli solat di belakang pentas, ada segelintir masyarakat yang mendakwa Haqiem cuba untuk menunjuk-nunjuk.

Namun melalui mStar Online, penyanyi yang terkenal denga imej berkaca mata hitam ini memberitahu dirinya tidak berniat seperti itu dan sejujurnya langsung tidak tahu ada peminat yang mengambil gambarnya dan menyebarkan di media sosial.

Peminat Sebarkan Gambar Solat Di Belakang Pentas, Haqiem Rusli Tidak Marah, Harap Ia Dimanfaatkan!

IKLAN

Katanya, sebenarnya dia mempunyai alasan tersendiri mengapa terpaksa menunaikan solat di tempat seperti itu.

Katanya surau yang berdekatan agak jauh dengan pentas, memandangkan dia sudah terlambat untuk mengerjakan solat, jadi dia terpaksa menunaikan solat di situ.

IKLAN

“Sejujurnya saya tak ada niat nak menunjuk-nunjuk atau riyak dengan bersolat di belakang pentas.

 

“Malah, saya pun tak tahu bila gambar tersebut diambil oleh peminat dan tiba-tiba ia tersebar di laman sosial

 

“Sebenarnya saya dah terlambat mengerjakan solat ketika itu dan kedudukan surau pula agak jauh dari pentas.

 

“Jadi saya memilih untuk bersolat di ruangan kecil di belakang pentas kerana tidak mahu terkejar-kejar.

 

“Kalau saya memilih bersolat di surau, pasti akan mengambil masa yang agak lama kerana perlu bertemu peminat dan bimbang jika wuduk terbatal kerana bersentuhan dengan bukan mahram,” ujarnya,” jelasnya dengan terperinci.

Walaubagaimanapun, dia akui tidak marah atau memendam apa-apa perasaan terhadap peminat yang menyebarkan gambarnya itu kerana percaya ia berniat baik dan memberi manfaat kepada orang lain.

IKLAN

Sumber: mStar Online & URTV

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI