Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Uncategorized Peminat Mahukan Syafiq, Hannah Bercinta

Peminat Mahukan Syafiq, Hannah Bercinta

Namun populariti anak muda berusia 25 tahun ini tidak datang mendadak berbanding rakan seperjuangan lain. 

Ada kalanya, nama Syafiq bagai timbul tenggelam dalam industri namun selepas membintangi drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer bersama pelakon baru, Hannah Delisha, nama dua pelakon ini terus dikenali dengan mendadak.

Biarpun drama itu sudah berakhir beberapa bulan lalu, Syafiq dan Hannah masih lagi mendapat sambutan hangat.

Anak jati Kuala Lumpur ini juga mengakui popularitinya ‘mencanak’ selepas membintangi drama tersebut tetapi dia tidak mahu terus selesa kerana jauh di sudut hati, Syafiq mengakui agak bimbang untuk mengekalkan prestasi diri.

IKLAN

“Saya pun tak sangka ada yang mahu kami berlakon bersama lagi,” ujarnya.

Katanya, drama itu memberi impak yang besar untuk dirinya dan percaya Hannah juga mengalami situasi sama.

“Tapi saya bimbang juga sebab bila kerja makin banyak, rehat makin kurang akan jejaskan kesihatan.

 

 

“Apatah lagi bila kita sudah berada pada satu tahap, bukan mudah saya nak kekalkan populariti ini untuk selamanya. Lagipun, bila kita sudah dikenali, secara tak langsung, orang akan perhati kita,” katanya kepada Media Hiburan ketika ditemui pada program #SmileSelangor, baru-baru ini.

Di tebak tidakkah dia mahu mencuba cabang lain tatkala dikenali ramai kini, Syafiq berkata, dia enggan tergopoh- gapah sebaliknya mahu menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin.

“Saya tak mahu beralih ke cabang lain, contohnya nyanyian, hanya kerana dikenali ramai. Saya rasa kalau saya buat begitu, saya tak hormat orang lain.

 

“Malah saya sendiri sebagai pelakon, saya rasa marah bila dapat tahu ada pelakon lain berlakon sebab duit. Begitulah juga rasanya bila saya cuba bidang lain, hanya kerana saya dikenali dan boleh dapat duit dengan cara senang,” katanya yang meminati bidang penulisan.

Dalam perkembangan lain, Syafiq berkata, dia kini sibuk menjalani penggambaran filem pertama lakonannya, Langsuir bersama Hannah yang dijangka berakhir Oktober depan.

IKLAN

Katanya, dia teruja kerana sekali lagi dapat bersama Hannah dalam filem arahan Osman Ali yang menjalani penggambaran di Pulau Langkawi.

Hormati Hannah

Dalam pada itu, ditanya harapan peminat yang mahu melihat Syafiq dan Hannah bercinta sama seperti dalam drama, Syafiq berkata, dia tidak dapat menghalang kata-kata peminat.

IKLAN

Peminat Mahukan Syafiq, Hannah Bercinta

Bagaimanapun, Syafiq mengingatkan soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa.

“Saya pernah jadi penonton dan saya sendiri pernah berharap ada pelakon itu betul-betul bercinta. Tapi bila saya berlakon, apa yang orang rasa kat luar, tak sama apa yang kami rasa.

 

“Macam saya, saya mungkin boleh mula fikir tentang percintaan dan mencari pasangan hidup, tapi Hannah masih muda, masih banyak yang mahu dicapai dan saya hormati dia.

 

“Walaupun tidak dinafikan dia cantik, tapi macam saya katakan, soal hati itu tidak boleh dipaksa,” jelasnya.

Teks Oleh : AQMAR MUSTAZA

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI