Baru minggu lalu kita digemparkan dengan berita pembantu rumah kepada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri yang telah melarikan diri setelah mencuri.

Belum selesai lagi masalah pembantu rumah Aliff, sekarang ini timbul pula tentang pembantu rumah pengasas kosmetik terkenal, Nur Sajat yang juga melarikan diri semalam.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh Sajat di akaun instagram miliknya dengan memuat naik gambar dua orang pembantu rumahnya itu.

Menurut kapsyen Sajat, mereka ada membawa lari barangan berharga milik Sajat dan itu membuatkan Sajat sedikit terkilan. Katanya lagi dia akan memberikan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap pembantu-pembantunya ini.

IKLAN

“Amaran… minta tolong sangat sangat..orang gaji saya tadi lari kan diri tengah hari tadi.. semalam mak saya bawa mereka balik kg semenyih untuk mengambil persiapan barangan untuk raya nanti,dalam tengahari tadi… mereka ada melarikan barangan berharga saya dan saya sangat terkilan… kepada merek yang dapatkan mereka ini semua… saya akan bagi ganjaran sebanyak RM5000 setiap sorang …kepada mereka yang menjumpai orang gaji saya ini… saya rasa mereka pun tak jauh lari dari area semenyih(kawasan rumah mak saya)

 

Jika anda dapat maklumat tentang ini,anda boleh call PA saya sekarang…

 

QALAF – +60 12 742 7421
Sherina -010 369 7117
Puan wati – +60 11 1193 8834

 

Kerjasama anda sangat di hargai ….,” tulis kapsyennya.

Pembantu Rumah Sajat Lari Dari Rumah

Satu lagi perkongsiannya di instagram juga turut dikongsikan cerita tentang perlakuan pembantunya itu di ruangan kapsyen gamar tersebut.

IKLAN

Kata Sajat, dia bukan mahu memburukkan bibiknya itu namun perbuatan yang dilakukan oleh bibiknya itu sangat kejam.

“Bukan saya nak cakap apa.. yang dulu bibik saya pernah buat jahat pada anak anak saya.. setiap kali saya balik kerja atau jenguk anak saya time makan tengah hari kat rumah,mesti keadaan anak saya sedang tidur…bila saya tanya,bibik akan cakap,syaza dan syahmi tadi main2,penat sangat terus tido…dan seminggu sekali bibik saya selalu kata pening kepala.. minta panadol… saya pun suruh lah PA saya belikan panadol mereka…rupa rupa nya,mereka ada agenda.. panadol yang saya berikan yang saya sangka mereka pening2 kepala tu rupa nya,mereka tumbukkam sampai hancur dan letakkan dalam susu syaza dan syahmi… ya allah… bayangkan panadol org dewasa di berikan pada budak berusia 2 tahun..apa perasaan anda bila anda ketahui semua ini..seolah anda rasa mcm memganyaiakan anak kita dengan perbuatan bibik indon ini.. sampai tercirit birit syaza dan syahmi.. lembik2 badan dia… time last mereka larikan diri..mereka letak banyak sangat kot panadol tu..sampai syaza dan syahmi muntah2 dan tak ada selera makan..kejam nya

 

Saya terkilan sgt time tu..betul la kata org..bibik2 kat malaysia ini semua recycles…mereka kerja dengan kita..buat hal lepas tu pergi kerja dengan org lain..minta2 Allah membalas perbuatan mereka terhadap anak anak saya…harap mereka di luar sana bantu mencari bibik bibik saya sekarang..,” tulis kapsyennya lagi.

Pembantu Rumah Sajat Lari Dari Rumah

IKLAN

Semoga dengan bantuan orang ramai, pembantu rumah Sajat dapat dijumpai dan diberikan hukuman daripada pihak berkuasa.

Sumber: Instagram Nur Sajat

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI