Diterbangkan khas daripada Jepun, kemunculan tiga pelakon siri adiwira popular dunia, Ultraman iaitu Hiroki Matsumoto, Raiga Terasaka dan Yura Murayama nyata mendapat sambutan luar biasa daripada peminat Malaysia.

Kira-kira hampir 1,000 peminat membanjiri Atrium Lalaport, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Ahad untuk bertemu secara empat mata dengan Hiroki yang pernah membintangi siri Ultraman Decker bersama rakan pelakonnya, Yura sebagai Ichika Kirino. Manakala, Raiga pula muncul sebagai Ultraman Trigger.

Pelakon Ultraman Decker & Trigger Nak Cuba Nasi Lemak, Tak Sangka Sambutan Luar Biasa Di Malaysia! Pelakon Ultraman Decker & Trigger Nak Cuba Nasi Lemak, Tak Sangka Sambutan Luar Biasa Di Malaysia!

Ketika sesi temu bual, Hiroki akui tidak menyangkan bahawa kedatangan mereka bakal disambut dengan meriah oleh peminat Malaysia.

“Terima kasih kerana menyokong kami terutamanya siri Ultraman sejak dari dahulu sampai sekarang. Saya tahu sudah banyak karekter Ultraman disiarkan, tetapi tetap menerima sambutan baik daripada penonton di sini.

IKLAN

“Saya sangat bangga dan berbesar hati menjadi salah seorang pemegang watak Ultraman sebagai Ultraman Decker. Ramai juga peminat Decker di sini. Saya harap semua orang gembira dan terhibur hari ini,” katanya kepada MH.

Pelakon Ultraman Decker & Trigger Nak Cuba Nasi Lemak, Tak Sangka Sambutan Luar Biasa Di Malaysia! Pelakon Ultraman Decker & Trigger Nak Cuba Nasi Lemak, Tak Sangka Sambutan Luar Biasa Di Malaysia!

Sementara itu, ada juga peminat Malaysia yang hadir menyarankan mereka bertiga untuk mencuba keenakan nasi lemak dan ia juga disambut baik oleh bintang siri adiwira popular dari negara ‘matahari terbit’ itu.

IKLAN

Hiroki yang mewakili Yura dan Raiga memaklumkan sedia mencuba hidangan nasi lemak sekiranya berkesempatan kerana yakin ia antara makanan Malaysia yang lazat.

Turut hadir Ketua Kandungan Kanak-Kanak Astro, Farah Fauzana dan Pengurus Eksekutif Jabatan Perniagaan Antarabangsa Tsubaraya Productions, Kei Minamitani.

Sementara itu, para peminat tegar
Ultaraman juga boleh hadir ke Lalaport, Bukit Bintang City Centre bagi menyaksikan pameran Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar yang berlangsung pada 10 Jun hingga 2 Julai 2023 bermul jam pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

IKLAN

Saksikan juga siri terbaharu mereka, Ultraman Blazar yang akan ditayangkan pada hari yang sama dengan Jepun, pada setiap hari Sabtu, mulai 8 Julai 2023 ini, jam 8.30 malam di saluran Astro Ceria (611).

Pelakon Ultraman Decker & Trigger Nak Cuba Nasi Lemak, Tak Sangka Sambutan Luar Biasa Di Malaysia! Pelakon Ultraman Decker & Trigger Nak Cuba Nasi Lemak, Tak Sangka Sambutan Luar Biasa Di Malaysia!

Para penonton turut boleh menyaksikan siri ini secara fleksibel melalui platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO serta ulangan pada setiap hari Isnin, jam 4.00 petang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI