Setelah empat tahun di dalam industri hiburan, pelakon Danial Dashuki telah membuktikan bahawa usaha kerasnya dalam industri seni selama ini membuahkan hasil setelah memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Teater Tradisional) di Anugerah Teater Malaysia 2023, Oktober lalu.

Menerusi acara yang berlangsung di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) itu, aktor berusia 29 tahun itu terharu atas kejayaan yang diraih dan bersyukur apabila bakat dan usahanya dalam industri seni tanah air dikenali dan diperakui oleh barisan juri professional.

“Saya tidak menjangkakan kemenangan ini. Mereka yang tercalon dalam kategori yang sama adalah merupakan pelakon-pelakon yang hebat dan menjadi rujukan saya.

“Saya amat bersyukur di atas penganugerahan ini. Walaupun berbangga dengan kejayaan ini, saya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha memperbaiki mutu lakonan dan terus memberikan yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan”, katanya.

Pelakon & Model Kacak, Danial Dashuki Raih Trofi Pelakon Lelaki Terbaik Teater Tradisional

IKLAN

Pelakon & Model Kacak, Danial Dashuki Raih Trofi Pelakon Lelaki Terbaik Teater Tradisional

Pelakon & Model Kacak, Danial Dashuki Raih Trofi Pelakon Lelaki Terbaik Teater Tradisional

Danial Dashuki memulakan kerjayanya sebagai model bagi pelbagai jenama ternama di Malaysia.

IKLAN

Perjalanan kerjaya Danial kemudian beralih ke bidang lakonan dan seterusnya mengembangkan bakat beliau dalam seni pementasan teater.

Watak Tun Mamat yang disandang oleh Danial di dalam ‘Teater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang’ ini memberikan impak yang besar kepada penonton yang hadir dengan karakter dan gaya penyampaiannya yang tersendiri.

IKLAN

Turut tercalon dalam kategori Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Kategori Teater Tradisional ialah Dato’ Jalaluddin Hassan, Mohd Hady Tahir, Hafizie Zulkifeli dan Murshid Md Hussain.

Malam Anugerah Teater Malaysia merupakan program penganugerahan dan penghargaan kepada karyawan seni dan petugas teater dari pelbagai genre teater seperti monolog, monodrama, teater moden, teater muzikal dan teater tradisional.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI