Pelakon, Nazim Othman mengakui berasa sedikit kekok apabila terpaksa melakonkan adegan intim untuk sebuah drama.
Menurutnya, dia tidak faham bagaimana pelakon luar boleh melakonkan adegan tersebut dengan mudah tanpa rasa malu di hadapan krew produksi yang ramai.
Kenyataan tersebut telah diluahkan oleh Nazim menerusi entri terbaru di Instagram miliknya.
“Tak paham la macam mana pelakon negara lain buat adegan atas katil siap bergomol aneh-aneh depan crew yang ramai untuk tontonan sejagat. I baru buat scene jalan masuk bilik camni pun dah rasa krik krik.
“Terima kasih kepada pengarah tersohor Rrashid Sibir atas kesudian mengarah diriku yang kerdil ini,” tulisnya.
Adegan tersebut menunjukkan Nazim harus menanggalkan bajunya lalu menuju ke bilik.
Bagaimanapun, Nazim tetap berterima kasih kepada pengarah, Rashid Sibir kerana memilihnya untuk melakonkan watak tersebut.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Nazim itu dan menyifatkan pelakon tersebut masih mempunyai perasaan malu dan iman di dalam hati.
Lain orang, lain caranya kan?
Foto: Nazim Othman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI