Ads

Pelakon James Bond Meninggal Dunia

Pelakon yang terkenal sebagai watak James Bond, Sir Roger Moore meninggal dunia pada usia 89 tahun, lapor BBC.

Sir Roger melakokan watak pengintip dalam tujuh filem Bond termasuk Live and Let Die serta A View to a kill.

Keluarga pelakon itu mengesahkan kematiannya di laman Twitter memaklumkan pelakon itu meninggal dunia selepas menderita kanser.

“Dengan rasa berat hati, kami ingin berkongsi berita sedih bahawa, bapa kami, Sir Roger Moore meninggal dunia hari ini (semalam). Kami semua berada dalam kesedihan,” kata mereka dalam laman Twitter.

Ads

Pelakon James Bond Meninggal Dunia

Bintang veteran itu meninggal dunia di Switzerland dan akan dikebumikan secara tertutup di Monoco bagi memenuhi permintaan terakhir pelakon itu, kata anaknya.

Ads

[irp posts=”228″ name=”Jep Sepahtu Masuk Hospital, Peminat Usik Jep Bakal Bergelar Bapa”]

Ads

Selain terkenal dalam filem Bond, Moore juga dikenali untuk siri TV The Persuaders dan The Saint.

Anda mungkin berminat dengan

Sir Roger juga dikenali melakukan kerja-kerja amal dan diperkenalkan kepada Unicef oleh mendiang Audrey Hepburn dan telah dilantik sebagai duta muhibah pada tahun 1991.Pelakon James Bond Meninggal Dunia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Lelaki Berdepan Hukuman Denda RM155,166 & Penjara, Didakwa Bocorkan Filem The...

Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.
error: Hello. Cannot.