Seperti sedia maklum, terdapat beberapa sekolah terpaksa kembali menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian di beberapa kawasan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Pelakon, Fasha Sandha misalnya ada berkongsi cerita mengenai perkara tersebut di akaun Instagram.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mengakui bukan satu perkara yang mudah untuk anak kecil menjalani sesi pembelajaran sekolah secara dalam talian.

“Pelajar dewasa pun pening dengan online classes, inikan pula anak yang belum cukup 6 tahun Covid 19 please go away #iburayfalraysha,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/CGzDYhNFr_t/?igshid=oxen5kd6hx9h

Pada masa yang sama, peminat turut memberikan komen dan pandangan mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.

Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.

Foto: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI