
Video parodi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 telah tular di laman media sosial dan mendapat perhatian meluas daripada warganet, baru-baru ini.
Malah, rata-rata netizen berasa sangat terhibur apabila menonton babak drama tersebut dilakonkan semula menerusi rakaman video parodi berkenaan.
“Eh ada lg..Sempat lg tu part ‘TokTi’ keluarkan ayam eh nak masak tu tak tahan!#7harimencintaiku2 by @fariz_5008,” kongsi netizen.
Eh ada lg..Sempat lg tu part 'TokTi' keluarkan ayam eh nak masak tu tak tahan!🤣🤣🤣#7harimencintaiku2
📹by @fariz_5008 pic.twitter.com/OID9mR2Mhl— -I'M_LFA- (@leeyfahmad11) August 17, 2020
Menariknya, penyanyi lagu tema drama berkenaan, Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti telah memberi reaksi terhadap video parodi tersebut menerusi akaun Twitter miliknya.
“patut dress kuning saya hilang,” tulisnya.
patut dress kuning saya hilang 😂😂😂😂 https://t.co/I7j6TaIx2I
— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) August 18, 2020
Reaksi penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini telah meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada netizen.
Gambar: Twitter Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI