
Bintang realiti dan usahawan terkenal, Paris Hilton baru-baru ini mengumumkan yang dia dan suami, Carter Reum telah memperoleh cahaya mata kedua.
Berita tersebut dikongsikan oleh pewaris empayar Hotel Hilton itu menerusi hantaran di Instagram peribadinya.
Dalam foto yang dikongsikan itu dapat dilihat sehelai baju rona merah jambu tertera nama London di bahagian dada baju tersebut. “Bersyukur untuk bayi perempuan saya,” tulisnya.
Selain itu dalam dua hantaran berbeza pula, Paris turut berkongsi yang dia gembira menyambut Krismas yang akan datang dengan kehadiran London di dalam hidupnya.

BACA JUGA: Kecewa Fizikal Anak Jadi Bahan Kejian Netizen, Paris Hilton Terasa Hati
“Meraikan bayi perempuan kami, London dengan Krismas merah jambu,” tulisnya sambil memaparkan gambar dirinya bersama anak sulung Phoenix di hadapan pokok Krismas berona merah jambu.
Imbas kembali, anak sulung Paris Hilton, Phoenix Barron dilahirkan secara khidmat ibu tumpang. Dia memilih menggunakan ibu tumpang kerana trauma melihat proses kelahiran ketika penggambaran siri realiti, The Simple Life.
Masih belum dapat dipastikan sama ada anak keduanya merupakan anak angkat atau anak yang dilahirkan sekali lagi menerusi ibu tumpang, kerana belum ada pengesahan mengenai perkara ini.
Namun pada awal tahun ini selepas kelahiran anak sulungnya, Paris Hilton ada berkongsi yang dia sedang menjalani rawatan IVF.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI