Pelawak dan penyampai radio, Ajak akui terkilan apabila permohonan isterinya, Nur Afifah untuk berpindah ke sekolah yang lebih dekat telah ditolak hampir lima kali.

Susulan itu, Ajak atau nama sebenarnya Hanaffi Razak memaklumkan isteri kini sedang menerima rawatan di hospital akibat masalah tulang belakang dan salah satu puncanya adalah disebab memandu terlalu lama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

“Tolong doakan bidadari saya ni sambil dengar luahan hati Suami Cikgu. Dia sakit tulang belakang, MRI pagi tadi doktor nasihat jangan drive lama.

“Sekarang ini, jarak dia ke sekolah mengajar 152km pergi dan balik. Mohon pindah dah dua tahun lebih. Lebih 5 kali permohonan ditolak.

“Entahlah, kena pakai cable agaknya ek baru dapat. Kita adjust suruh berhenti sahaja kalau payah sangat tapi dia tak nak,” tulisnya.

Kisah itu dimaklumkan sendiri oleh penyampai radio Suria FM itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

IKLAN

Pandu 152KM Ke Sekolah Tiap Hari, Isteri Ajak Masuk Hospital Sebab Sakit Tulang Belakang Pandu 152KM Ke Sekolah Tiap Hari, Isteri Ajak Masuk Hospital Sebab Sakit Tulang Belakang

Jelas Ajak lagi, dia juga pernah mencadangkan agar isterinya itu berhenti berkhidmat sebagai guru namun, isterinya menolak.

“Kesiankan anak murid dia. Yelah tapi kalau mohon kalini tak dapat juga, awak berhentilah ibu. Percaya rezeki Allah.

“Lepas ni kalau sakit mc sahaja. Kalau tak larat bawak kereta berhenti je rehat tepi jalan. Kalau datang lambat ke sekolah, biar je diorang ambil tindakan.

IKLAN

“Yang penting jaga kesihatan. Badan awak tu saya nak pakai lama,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Ajak turut mendoakan agar urusan para guru yang sedang memohon untuk berpindah akan sentiasa dipermudahkan.

“Saya percaya ramai lagi guru yang ada masalah mohon pindah ni. Alasan ikut suami pun dia tak pandang. Kena bagi alasan ikut boyfriend baru dia lepas kot naa.

IKLAN

“Saya doakan guru yang dah bertahun-tahun mohon pindah dipermudahkan urusan korang semua. Ni pengalaman saya tau, ada yang lagi dahsyat,” akhirinya.

Pandu 152KM Ke Sekolah Tiap Hari, Isteri Ajak Masuk Hospital Sebab Sakit Tulang Belakang Pandu 152KM Ke Sekolah Tiap Hari, Isteri Ajak Masuk Hospital Sebab Sakit Tulang Belakang

Sekadar informasi , Ajak dan Afifah telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 6 Jun 2009.

Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Ajak Shiro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI