Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro berpandangan teknologi kecerdasan buatan atau AI dilihat masih belum mampu untuk menyaingi tugas penyampai radio sebenar buat ketika ini.

Menurut Ajak atau nama sebenanya Mohd Hanaffi Razak, teknologi AI tidak mempunyai keupayaan menunjukkan perasaan untuk menyelusuri jiwa para pendengar.

“Jangan Terlalu Bergantung Kepada Teknologi,” – Ajak Sifatkan AI Tiada Perasaan, Belum Mampu Saingi Tugas Penyampai Radio

“Saya tidak menolak teknologi. Penerimaan terhadap teknologi AI ini memang sudah meluas di seluruh dunia. Ramai yang dah guna pun.

“Namun, ada satu perkara yang saya kurang bersetuju bila AI jadi penyampai radio. Penyampai radio harus mempunyai jiwa.

“Seperti kami di Suria FM, bila kami terima panggilan daripada pendengar yang berkongsi cerita sedih, takkan selepas itu radio nak mainkan lagu-lagu gembira yang telah di set oleh AI. Di mana emosinya?

IKLAN

“Jika ada penyampai yang bertugas secara langsung, kita boleh ikutkan suasana. Kalau sedih, kami mainkan lagu sedih. Begitu juga sebaliknya,” katanya kepada MH.

Penyampai radio Suria FM itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Legacy Rider 2.0 yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Rabu.

“Jangan Terlalu Bergantung Kepada Teknologi,” – Ajak Sifatkan AI Tiada Perasaan, Belum Mampu Saingi Tugas Penyampai Radio

Pada masa sama, Ajak turut berharap agar suami pihak tidak terlalu bergantung kepada teknologi sehingga ia memberi kesan terhadap perkejaan manusia.

IKLAN

“Saya tak nafikan teknologi ini memang akan memberikan kesan buat para penyampai radio. Pekerjaan sebagai penyampai radio ini tak banyak pun.

“Hanya ada beberapa bilangan spesifik sahaja dalam sesebuah negara. Kalau semuanya sudah dikuasai oleh AI, tiada apa lagi untuk kita masa akan datang.

“Andai kata sistem ini juga boleh diterima, mungkin satu hari nanti pembaca berita juga tidak diperlukan lagi. Jangan terlalu bergantung kepada teknologi.

IKLAN

“Mungkin ia bagus tapi harus berpada-pada. Kita boleh lihat sendiri ada beberapa pekerjaan yang sudah tiada lagi di dunia ini disebabkan teknologi,” ujarnya lagi.

“Jangan Terlalu Bergantung Kepada Teknologi,” – Ajak Sifatkan AI Tiada Perasaan, Belum Mampu Saingi Tugas Penyampai Radio “Jangan Terlalu Bergantung Kepada Teknologi,” – Ajak Sifatkan AI Tiada Perasaan, Belum Mampu Saingi Tugas Penyampai Radio

Dalam perkembangan lain, Ajak memaklumkan dirinya kini telah membuka rumah produksi sendiri dan bakal mengarahkan telefilem pertamanya yang berjudul Babysita.

Jelas Ajak, telefilem ini akan membariskan pelakon seperti Mierul Aiman, Eric Fuzi dan Ropie.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI