Nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya mula melonjak ketika membintangi, Awan Dania dan masih kekal relevan dalam industri seni tanah air sehingga hari ini.

Siapa tak kenal dengan Scha Alyahya, isteri kesayangan Awal Ashaari yang sangat gorgeous and stunning! Malah, mereka digelar pasangan selebriti paling bergaya dan ikon fesyen di Malaysia.

Bekas Juara Dewi Remaja 2005 / 2006 ini yang juga merupakan suri hati kepada pengacara, Awal Ashaari ini baru sahaja meraikan ulangtahun kelahiran yang ke-40 tahun pada 30 Mei lalu.

Wah, nampaknya Scha dah masuk 40 series! Tapi macam tak percaya je Scha dah masuk usia ‘emas’. Kalau cakap usia 20-an pun ramai yang percaya. Memang awet muda sungguh, tak makan dek usia apakah rahsianya?

Meski Berusia 40-an Scha Masih Amalkan Dua Rutin Kecantikan Ini

Lawanya Kulit Scha Al Yahya, Tiada ‘Kedutan’ Langsung, Apa Rahsia? Lawanya Kulit Scha Al Yahya, Tiada ‘Kedutan’ Langsung, Apa Rahsia?

MH berkesempatan menemubual Scha Alyahya di sebuah acara baru-baru ini dan mendapatkan pandangan serta rutin kecantikan beliau di usia 40-an. Ini respon yang diberikan oleh ibu kepada dua cahaya mata comel Lara Alana dan Lila Ameena ini.

Menurut Scha dia akui, apabila semakin berusia, dia juga tidak dapat lari dari menerima kesan penuaan seperti garis-garis halus pada wajah.

“Tak nampak ke kat mata saya dah ada garis-garis, dekat leher saya dah ada kesan penuaan, tapi lighting sekarang hebat.

IKLAN

“Memang ada nampak kesan penuaan tu, tapi Scha apa-apa pun, macam orang lain cakap lah, kena ada SPF, Scha itu je,” ujarnya.

Untuk pengetahuan Hijabi, antara kebaikan menggunakan produk yang mempunyai SPF pada wajah adalah bertujuan untuk melindung dan menjaga kesihatan kulit. Ini kerana SPF memiliki kandungan nutrisi dan vitamin yang sangat baik untuk kulit anda.

Malah, kandungan SPF yang sering digunakan dalam krim pelindung matahari (sunscreen) juga dapat mampu meremajakan kulit dengan memperlahankan kesan penuaan serta menjaga kecerahan dan kebersihan kulit setiap masa!

Scha Lakukan ‘Facial Treatment’ Dua Kali Setiap Bulan

Lawanya Kulit Scha Al Yahya, Tiada ‘Kedutan’ Langsung, Apa Rahsia? Lawanya Kulit Scha Al Yahya, Tiada ‘Kedutan’ Langsung, Apa Rahsia?

Ketika ditanya, adakah Scha masih percaya untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan dengan hanya menggunakan bahan-bahan alami (Au Naturale), Scha menjelaskan bahawa dia percaya dan mengamalkanya dalam kehidupan seharian.

IKLAN

Dalam masa yang sama, katanya melakukan rawatan pemulihan kulit wajah seperti rawatan Facial di pusat kecantikan (SPA) juga merupakan rutin wajib yang diamalkan Scha iaitu sebanyak dua kali setiap bulan.

“Of course masih percaya bahan-bahan alami dan semulajadi (Au Naturale), mereka kata kurangkan gula, jadi itu je yang Scha lakukan!”

“Facial kena buatlah, tipu lah kalau tak buat facial atau benda-benda tu. Kita tetap ada lakukan rutin tu, sebulan dua kali,” Jelasnya.

Untuk rekod, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari mendirikan rumah tangga pada 2012 dan hasi perkongsian hidup berkenaan, kehidupan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Lara Alana dan Lila Ameena.

Sumber: Instagram Scha Al-Yahya

IKLAN

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI