“Pakai Tudung Setakat Tutup Kepala Tapi Nampak Rambut,Telinga,” – Yatt Hamzah

Share

Pelakon Yatt Hamzah baru-baru ini ada berkongsi mengenai cara pemakaian Muslimah.

Menurut Yatt, menutup aurat bukan pada pemilihan hijab semata-mata, sebaliknya ia perlu dititikberatkan mengikut syariat Islam.

“Bertudung belum dikira menutup aurat? Bagaimana dikira menutup aurat?

“Yaaa belum dikira menutup aurat kalau pakai tudung setakat tutup kepala tapi nampak rambut, telinga, leher, dada dan mcm2 lg yg sengaja dinampakkan. Kpd yg masih tak tahu atau keliru jom sama2 baca terjemahan ayat2 Quran di bawah. Semoga bermanfaat,” kongsi Yatt.

Malah,ibu kepada empat orang anak itu juga turut berkongsi ilmu seperti yang dituntut Islam.

“Dalam Al Quran surah Al Ahzab ayat 59 menjelaskan bahawa pakaian taqwa seorang wanita adalah melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Jadi jika hanya sekedar menutup bahagian kepala sedangkan bahagian bawah dagu, dada, betis, kaki dan sebagainya terdedah bagi memperlihatkan perhiasan mereka, maka hukumnya tetap haram dan berdosa. Memakai tudung dengan mendedahkan aurat lain seperti menampakan susuk badan dan seluar ketat atau sebagainya dengan alasan mengikut fesyen juga dikira tidak menutup aurat dan bukan pakaian takwa yang diperintahkan oleh syarak.

“Dlm Surah An-Nur ayat 31, Batasan aurat wanita ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan,” akhirinya.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Haryati Hamzah itu sering berkongsi ilmu mengenai kehidupan di Instagramnya.

Fot : Instagram Yatt Hamzah

IKLAN