Terbaru pelakon Nadia Brian ada memuat beberapa keping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menariknya, foto tersebut merakamkan pelakon berusia 28 tahun itu mengenakan kostum watak Maleficent yang dilakonkan oleh pelakon antarabangsa, Angelina Jolie.
Difahamkan, tujuan perkongsian tersebut bagi bagi mempromosikan filem Maleficent: Mistress of Evil yang telah ditayangkan di pawagam bermula semalam.
“‘There are two sides of every story’Maleficient @disney @disneystudios @disneymalaysia @angelinajolieofficial Makeup @davidangckOutfit @payahuiofficial Photographer @marskhor87
Lantas, perkongsian pelakon kelahiran Kangar, Perlis ini mendapat perhatian daripada peminat.
Dalam pada itu, peminat turut merasakan foto yang dikongsi oleh Nadia kelihatan sangat mengagumkan, hingga ada turut memberi gelaran kepada Nadia sebagai Angelina Jolie Malaysia.
Pelakon, Faezah Elai mengimbau foto lamanya lebih 30 tahun lalu ketika dirinya masih kecil.
Kongsi pelakon berusia 37 tahun itu, ketika dirinya masih kanak-kanak lagi, dia sudah memiliki rambut berwarna perang semula jadi.
Bukan itu sahaja, bintang ini turut kelihatan sangat comel ketika di zaman kanak-kanaknya.
“Ni masa nk masuk 7 tahun around 1988/89 and i wonder who was my hair stylist masa ni. Klu jumpa balik, mmg kena saman!!
“No!! I dont colour my hair.. zaman ni colour2 tkdak lg aih.. mmg beranak mai rambut colour ni.. so jgn tanya dh.. sekian terima kasih,” tulisnya beri penjelasan.
Tidak seperti selebriti lain yang mempunyai kelab peminat (fan club) mencecah ribuan orang, pelakon Noorkhiriah ada ceritanya tersendiri.
Kongsinya, meski tidak ramai kelab peminat,namun usaha dan sikap disiplinnya sebagai seorang anak seni menjadikan dia kuat dalam arena ini.
“Sebenarnya saya baru sahaja ada fan club (kelab peminat) iaitu Noorkhiriah FC seramai59 orang beberapa bulan lalu.
“Alhamdulillah, kelab peminat saya kini sudah pun mencecah lebih 300 orang. Semua itu rezeki dan saya amat bersyukur,” katanya kepada MH ketika ditemui di Royal Theatre,Shah Alam baru-baru ini.
Memperoleh gelaran naib juara dalam program All Starts Buka Panggung (akhir) pada Jumaat lalu, bintang drama Nur ini merasakan ia bagai satu mimpi.
“Saya rasa macam tak percaya, macam mimpi dan bagai magic.
“Program yang menggunakan sistem talian online sepenuhnya dari penonton dan kelab peminat itu sendirilah sebenarnya yang melayakkan peserta mara ke peringkat seterusnya.
“Jadi,apabila saya masuk All Starts Buka Panggung, automatik jadi takut dan banyak persoalan dalam kepala saya. Siapa nak sokong nanti? Kelab peminat tak ramai mana pun.
“Masuk separuh akhir pun saya tak sangka, inikan pula ke peringkat final dan sekarang saya jadi naib juara pula.
“Ya Allah, apa sebenarnya yang Kau nak tunjuk ni,” kongsinya sebak.
Terdahulu, Zul Huzaimy dinobatkan sebagai juara bagi program All Stars Buka Panggung sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 berserta trofi.
Nookhiriah pula berada di tempat kedua dengan dengan hadiah bernilai RM25,000 berserta trofi.
Tempat ketiga dan keempat pula milik Datuk Aaron Aziz dan Rita Rudaini masing-masing membawa RM 10,000 dan RM 5,000 berserta trofi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed menjelaskan, dia sudah lama menyimpan hasrat menutup aurat dan nekad melakukan perubahan itu bersempena dengan ulang tahun kelahirannya ke-38 pada 12 Oktober lalu.
Memetik mStar, bintangi ini sebenarnya agak ‘takut’ untuk berkata ‘ya’ andai ada yang bertanya mengenai penampilan terkininya itu.
“Sebenarnya kalau ada sesiapa yang tanya tentang berhijab, saya takut nak cakap ‘ya’ tu. Selalunya saya akan minta mereka doakan sahaja… tapi apa yang saya sedang buat sekarang ni adalah saya cuba untuk ke arah itu.
“Apa yang peminat lihat di Instagram itu sebenarnya ya, saya dah mula pakai tudung sejak tiga hari lalu. Tapi sepanjang tempoh itu saya tak post gambar walaupun tengah bercuti di Osaka ketika ini sebab sangat takut malah tiada siapa pun yang tahu mengenainya. Tiga hari saya ‘peram’ gambar dan tak post.
“Saya rasa sedih dan terharu sebab niat saya untuk berhijab ini sebenarnya sudah lama tapi nak mulakan itu memang takut. Jadi masa saya betul-betul nekad nak buat tu, saya lakukan ia masa hari jadi saya,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Wan Sharmila turut mengakui penampilannya yang mengenakan hijab menerusi beberapa buah drama yang dilakonkan sebelum ini adalah permintaan peribadi dia sendiri selain memilih persalinan bersesuaian.
“Saya mula pakai masa saya dekat Osaka kerana saya fikir mungkin masa balik ke Malaysia nanti saya tak rasa kekok. Tak dinafikan kalau kawan video call sekarang ni pun saya jadi segan… rasa sangat lain.
“Dalam lakonan-lakonan sebelum ini yang saya pakai tudung pun saya yang minta sebab saya suka dan sebenarnya nak belajar… sekarang ini juga pun saya dah mula memilih pakaian yang bersesuaian,” jelas Wan Sharmila.
Sementara itu, pelakon ini tidak rasa takut andai tawaran lakonan berkurangan memandangkan dirinya percaya rezeki pasti akan lebih luas selepas ini.
“Pada pendapat saya, pakai tudung sebenarnya job lebih luas tetapi dugaan akan lebih banyak… Ini bukan perkara main-main, saya buat kerana ia tanggungjawab, bukan kerana fesyen.
“Saya juga nak ucapkan terima kasih buat mereka yang DM, mesej dan doakan saya… malah ada kawan-kawan rapat yang menangis, mereka buat saya betul-betul terharu.
“Cuma saya harap tiada siapa yang judge mengenai penampilan saya selepas ini. Takut pula ada yang cakap tudung tak cukup labuh atau apa… saya cuma harapkan sokongan mereka,” pinta Wan Sharmila.
Terdahulu beberapa entri foto dan video yang dikongsikannya menerusi Instagram yang menutup aurat mendapat perhatian dan para peminat turut mendoakan agar pelakon ini terus istiqamah.
Sumber/Foto: mStar/Instagram Wan Sharmila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan segala hantaran yang dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah peribadinya.