Itulah pepatah berkata, telajak perahu boleh diundur, terlajak kata atau perbuatan buruk padahnya.

Jika sebelum ini Instafamous bernama Amira telah menimbulkan kontroversi dengan kehadirannya di dalam rancangan Motif Viral, yang dikatakan syok sendiri. Kali ini, Amira atau lebih dikenali sebagai Mira menimbulkan kontroversi sekali lagi apabila dikatakan mempersendakan solat di tengah khayalak ramai.

Sejak tersebarnya video Mira merangkak dan bergurau dengan melakukan pergerakan seperti sedang bersolat di sebuah kawasan Ice Skating bersama rakan-rakannya yang lain, Mira menerima pelbagai kecaman dan kata-kata teguran daripada pengguna media sosial.

Namun begitu, melalui Instagram, Mira telah membuat permohonan maaf kepada semua orang dan berkata video tersebut sebenarnya bukanlah daripadanya tetapi telah dimuat naik sendiri oleh rakannya.

Ads

Menyedari isu tersebut agak sensitif, Mira telah meminta rakannya itu memadam posting tersebut namun tidak sangka ia sudah viral walaupun sudah dipadam.

“Assalamualaikum. Ramai kata mira mempersendakan agama islam. Sebenarnya mira tak post langsung video tu, tapi kawan mira yang post. Dah minta dia delete video tu sebab rasa sendiri video tu salah. Tapi apa boleh buat, video tu jadi viral walaupun dah padam,” tulisnya diruangan kapsyen.

Malah, Mira menjelaskan dia hanya bergurau bersama rakan-rakannya da tidak sangka ada pihak yang sempat merakam momen tersebut.

Ads

Dikatakan Over Persendakan Solat, Instafamous Mira Tampil Mohon Maaf!

Ads

Bagaimanapun, Mira meminta orang ramai untuk padam dan berhenti sebarkan videonya itu kerana membuka aibnya serta akan menyebabkan ramai salah faham dan membuat andaian sendiri.

“Pada situasi tu mira cuma bergurau dengan rakan-rakan dan tak sangka video tu dirakam orang lain. Tak terdetik pun dalam hati nak hina islam. Kalau video yang tular tu membuatkan kalian rasa mira ni menghina islam, mira minta maaf! Maaf sangat! Tapi jujur cakap, mira takde langsung niat nak mempersendakan agama sendiri.

“Cukuplah dengan kritikan dan tuduhan melampau korang. Takut nanti setiap tuduhan tak betul tu jatuh fitnah. Selebihnya itu urusan mira dengan Allah. Allah Maha Mengerti, Allah Maha Mengampun.

“Mira nak minta semua yang sebarkan video tu, tolonglah padam sebelum ramai lagi salah faham dan buat andaian sendiri. Berhentilah buka aib mira,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Mira berterima kasih kepada semua dan akan lebih berhati-hati dengan setiap perbuatan yang dilakukan kelak.

Assalamualaikum. Ramai kata mira mempersendakan agama islam. Sebenarnya mira tak post langsung video tu, tapi kawan mira yang post. Dah minta dia delete video tu sebab rasa sendiri video tu salah. Tapi apa boleh buat, video tu jadi viral walaupun dah padam. . . Pada situasi tu mira cuma bergurau dengan rakan-rakan dan tak sangka video tu dirakam orang lain. Tak terdetik pun dalam hati nak hina islam. Kalau video yang tular tu membuatkan kalian rasa mira ni menghina islam, mira minta maaf! Maaf sangat! Tapi jujur cakap, mira takde langsung niat nak mempersendakan agama sendiri. . Cukuplah dengan kritikan dan tuduhan melampau korang. Takut nanti setiap tuduhan tak betul tu jatuh fitnah. Selebihnya itu urusan mira dengan Allah. Allah Maha Mengerti, Allah Maha Mengampun. . Mira nak minta semua yang sebarkan video tu, tolonglah padam sebelum ramai lagi salah faham dan buat andaian sendiri. Berhentilah buka aib mira. Terima kasih. . InshaAllah mira akan lebih berhati-hati dengan setiap perbuatan yang dilakukan kelak. Mira jadikan apa yang dah berlaku ni sebagai pengajaran untuk diri sendiri juga. Harap semua faham.

A post shared by @ nrhwz on

“Mira jadikan apa yang dah berlaku ni sebagai pengajaran untuk diri sendiri juga. Harap semua faham,” pinta Mira di Instagram miliknya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI