Pelakon veteran yang telah mewarnai industri seni di Singapura dan Malaysia, Osman Zailani telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam pada usia 85 tahun.

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 9.30 malam tadi di Hospital Khoo Teck Puat.

Berita sedih ini dikongsikan sendiri oleh cucu beliau yang merupakan seorang penyanyi, Hady Mirza menerusi akaun Facebook miliknya.

“Salam semua. Datuk saya sudah kembali ke rahmatullah jam 9.30 malam tadi di KTPH. Mohon sedekahkan al-Fatihah (Mohammad bin Kechut aka Osman Zailani).”

Menurut sumber Allahyarham telah dimasukkan ke hospital dua hari sebelum seluruh umat islam menyambut kedatangan Syawal dan arwah telah telantar sakit selama 18 hari.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Khoo Teck Puat dua hari sebelum Hari Raya (23 Jun).

IKLAN

Terdahulu, Allahyarham pernah menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam watak Pembantu bagi drama khas berjudul Drama Terbelenggu dalam Pesta Perdana pada tahun 2013.

Arwah Osman merupakan di antara pelakon yang mempunyai bakat besar dan berjaya mendapat perhatian daripada penerbit dan pengarah filem antarabangsa. Arwah juga pernah berlakon dalam drama bersiri dan filem Hollywood.

IKLAN

Ternyata pemergian Allahyarham ini merupakan satu kehilangan besar buat industri seni.

Pemergian arwah Osman ini juga turut mendapat perhatian daripada rakan-rakan artis, antaranya adalah Ogy Ahmad Daud dan Melissa Saila.

IKLAN

Osman Zailani Meninggal Dunia Selepas 18 Hari Terlantar

Osman Zailani Meninggal Dunia Selepas 18 Hari Terlantar

Takziah diucapkan buat seluruh keluarga Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Berita Mediacorp, Instagram Ogy Ahmad Daud & Melissa Saila

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI