Elly Mazlein menafikan andaian sesetengah pihak yang kononnya dia ada melakukan pembedahan kosmetik di bahagian payudaranya agar kelihatan lebih montok.

Pandangan tersebut dilemparkan sesetengah netizen buat penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu menerusi media sosial apabila dikononnya, bentuk badannya kelihatan sedikit berbeza berbanding dulu.

Mengulas mengenai perkara itu lagi, Elly atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Lina Pom Pom memberitahu penampilannya yang agak berisi mungkin disebabkan oleh statusnya sebagai ibu tunggal yang masih menyusukan anak secara normal.

IKLAN

“Ori ya, tak perlu bubuh spender atau stoking untuk kasi nampak ‘up’,” seloroh bintang ini kala diajukan persoalan mengenai sisi fizikalnya itu ketika dihubungi MH.

 

“Macam ni lah…Saya mempunyai anak yang masih menyusu badan. Payudara saya asli dan tidak pernah menjalani sebarang pembedahan untuk membesarkannya. 

 

“Kalau ada mana-mana pihak membuat perbandingan, sudah tentu ia berbeza kerana dulu, saya berstatus anak dara. Tetapi sekarang, saya bergelar ibu tunggal kepada seorang anak, Sefhia yang masih kecil.

 

“Dakwaan yang mengatakan saya menjalani pembedahan untuk membesarkan payudara tu tidak masuk akal langsung. Tapi terpulang orang di luar sana nak kata apa pun sebab yang paling penting, anak saya diberikan rezeki susu badan yang banyak,” kata Elly jujur.

“Ori Ya, Tak Bubuh Spender Atau Stoking Untuk Kasi Nampak ‘Up’! – Reaksi Elly Mazlein Fasal ‘Aset’ Kian Montok

Kongsinya lagi, selama bergelar anak seni, bintang berusia 38 tahun itu sudah lali dengan pelbagai kata-kata tidak benar yang dilemparkan kepadanya sebelum ini.

IKLAN

“Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang dan tak boleh sekat orang untuk kata saya macam-macam,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, akaun Instagram milik Elly juga telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, sekali gus menyebabkan akaun yang menggunakan nama @iamellymazlein itu tidak boleh diguna pakai lagi.

IKLAN

“Saya menyedari Instagram saya digodam beberapa hari lalu. Saya masih cuba untuk mendapatkan semula akaun Instagram tersebut. Aduhai, bukan senang nak kumpul balik lebih 667,000 pengikut,” beritahu Elly dalam nada kesal.

Bakal bergandingan dengan penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni, Elly juga bakal menjadi hos menerusi   program realiti, Mentor Otai yang akan bersiaran di TV3, Ahad ini, 9 malam.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155073797273435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI