
Awalnya, kumpulan wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai DOLLA, mulai memancing perhatian ramai selepas membuat persembahan penuh tenaga di Final #RapStarERA 2020.
Ditubuhkan pada awal tahun lalu, DOLLA terdiri daripada empat gadis cantik yang berbakat besar iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya, dan Angel.
Tidak mahu persiakan bakat, mereka hadir mempertaruhkan single sulung, Make You Wanna yang dihasilkan Bryan B., iaitu komposer dan produser lagu yang terkenal dari Australia sementara lagu itu mendapat gubahan dari Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta.

Lagu tersebut merupakan sebuah lagu dengan unsur nakal dan seksi tentang keyakinan diri serta kekuatan seorang wanita.
Mesej yang ingin disampaikan adalah bagaimana keyakinan diri dan keberanian seorang wanita dalam membuktikan bahawa setiap manusia itu berharga dan berhak untuk dihormati.
Menerusi lagu yang rancak dengan melodi yang menarik ini, DOLLA berharap dapat ia mampu memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan wanita generasi baru di negara ini.
“Kami mahu menghala perhatian kepada kepentingan merasa yakin dan selesa dengan diri sendiri. Wanita yang berkeyakinan tinggi akan lebih menyerlah dan menarik perhatian ramai pihak,” kata Syasya mewakili DOLLA.
Sementara itu, Sabrina menambah, single tersebut juga dapat membuatkan peminat untuk turut sama menari.

“Saya gembira kerana lagu ini menonjolkan kekuatan wanita. Bukan saja sesuai dimainkan di radio tapi ‘Make You Wanna’ membuat kita terasa ingin menari.
“Orang yang tidak suka menari pun akan menari bila mendengar lagu ini,” jelasnya.
Make You Wanna terbitan dan edaran oleh Universal Music Malaysia dan Lion Music Group Malaysia boleh didengari di semua platform pengstriman termasuk Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Neelofa hari ini mencipta kenangan dan kejayaan tersendiri apabila program santai kelolaannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, #berseoranganbersama menerima kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai tetamu eksklusifnya.
Direncanakan bermula pada pukul 11 pagi, temu bual berkenaan diawalkan setengah jam atas faktor tertentu.
Bersiaran selama hampir 30 minit, rata-rata soalan yang diajukan Neelofa kepada Tun diambil daripada soalan-soalan yang dikemukan oleh peminatnya di laman Instagram.
Antara jawapan yang menarik perhatian sepanjang sesi tersebut ialah nasihat terbaik yang Tun Mahathir pernah terima dan sentiasa berbekas di hatinya.
Menurut beliau, nasihat arwah ibunya: “don’t overstay your welcome” merupakan salah satu sebab Tun Mahathir mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada Oktober 2003.
Antara perkara lain yang dibualkan mereka adalah nasihat Tun Mahathir kepada peniaga atau usahawan kecil dalam menghadapi cabaran COVID-19 selain apa yang Malaysia perlu lakukan dalam mengekang penularan wabak berkenaan.
Sementara itu, Tun Mahathir yang mesra dengan panggilan Che Det itu turut memberitahu mengapa beliau gemar membawa buku nota kecil bersamanya.
Hal ini kerana, menurut Tun Mahathir, kita mungkin boleh terlupa apa yang ada di fikiran. Tetapi, apabila kita menulis, kita akan sentiasa ingat tentang perkara-perkara tertentu.
Pada masa sama, Tun Mahathir turut memberikan nasihat supaya ramyat Malaysia sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
“Kita negara yang sangat bertuah, kita kurang kena bencana alam sebab kita di kelilingi oleh Indonesia dan Filipina yang sentiasa menjadi benteng terhadap musibah.
Jadi, apabila kita diserang COVID-19, kita kena bersatu hati, jangan panik dan melihat semua dengan positif. Sentiasa mendengar arahan pihak berwajib, dan jaga disiplin,” nasihat beliau.
Sementara itu, ditanya mengenai idea penghasilan program bual bicara mini di Instagram Live ini, Neelofa menjelaskan dirinya turut terpanggil untuk sama-sama membantu mengekang penularan COVID-19 di negara ini.
“Saya berasa terpanggil untuk membantu Malaysia dalam memerangi COVID-19. Selain bantuan kewangan, saya rasa kita juga perlukan suara yang sentiasa mengingatkan dan memberi info berguna kepada rakyat Malaysia, mengenai apa yang boleh kita lakukan secara bersama, dalam memastikan kita mampu mengatasi masalah ini secara total.
“Insya-Allah, jika berpeluang, saya akan perbanyakkan lagi sesi sebegini sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.
Untuk rekod, sesi bual bicara antara Neelofa dan Tun Mahathir menerima jumlah tontonan seramai iaitu kira-kira 85,000 penonton.
Terdahulu, #BerseoranganBersama turut menampilkan selebriti gred A lainnya dari dalam dan luar negara seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Sri Rossa dan Nora Danish.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Abah Patah Patella Dua-Dua Belah Kaki,” – 3 Bulan Terbaring Di Hospital, Diana Amir Pohon Doa Untuk Bapa

Syukur, satu perkara yang cukup sukar diamalkan walau mudah untuk dilafaz. Jelas pelakon Diana Amir, bapanya kini sudah tiga bulan terbaring di hospital selepas kedua-dua belah tempurung kakinya patah.
Jelasnya, tiga bulan terbaring tanpa mampu melakukan apa-apa bukan satu perkara yang mudah, namun bapanya lebih banyak menghabiskan masa dengan mendekatkan diri dengan Allah.
Tambah ibu kepada tiga orang anak ini lagi, sebelum Perintah Pergerakan Kawalan dilaksanakan, dia akan balik sekerap mungkin bagi membantu bapanya menghilangkan kebosanan, namun kini bapanya terpaksa berseorangan di hospital.
“Abah
“Dah 3 bulan abah terbaring je kat hospital. Abah patah patella ( tempurung) dua2 belah kaki, nak kena tunggu xde infection di dua2 belah kaki baru boleh operate. Akhirnya sekarang dah 3 bulan abah di hospital, tak boleh bergerak ( patella dah dislocate, macamana nak jalan kan?). Hospital di Batu Pahat tak ada TV, TV analog dari tahun lepas dah tak boleh guna, tapi sampai sekarang belum ganti tv baru. At least kalau ada tv bolehla abah layan cerita Korea abah 😅. 3 bulan, not a short time. Abah tgk dinding, dinding tgk abah . Abah solat, zikir, baca buku, tapi, dalam keadaan terbaring. .
“Sblm CMO diana akan balik selagi boleh. Abah minta tolong tolak katil abah ke luar bilik, just nak tgk hijau kat luar bilik sekejap. Nak tgk jalan, nak tgk bumbung rumah, nak tgk ke luar tingkap. Abah tak digalakkan guna wheelchair, bahaya untuk kaki abah. so dpt jln kat floor abah je
“Abah was a workaholic, walaupun abah dah 63, tapi abah masih aktif kerja. After 60, abah still sambung contract base. And tahun ni abah baru niat nak pencen,Allah bagi ujian kat abah jatuh sampai patella abah dua2 belah kaki dislocate,” kongsinya.
Jelas Diana, perkongsian ini hanya sekadar mahu membuka mata masyarakat agar lebih bersyukur akan nikmat yang dikurniakan.
“Diana share ni sebab, syukurlah dengan nikmat kita yang dapat duduk di rumah saat CMO ni. masih boleh bergerak dalam rumah, main kat laman rumah, tengok tv, masak, makan, baca AlQuran, tido dalam bilik sendiri, mandi dalam toilet sendiri. Ada banyak nikmat masa, tenaga, untuk buat macam2 aktiviti. .
“Kalau dah boring sangat, cuba tengok pada orang2 yang tak dapat nikmat yang kita rasa sekarang ni. Tak dapat duduk di rumah. Our frontliners, orang2 yang x ada rumah. Bersyukur, mereka menangis nak balik rumah.
“Doakan abah Diana cepat sembuh, dapat berjalan, buat aktiviti macam biasa. Kami semua sayang abah. Abah dah banyak berkorban tenaga dan masa untuk didik anak bangsa, didik anak2 abah juga.
“Mungkin Allah nak tinggikan darjat abah, and hapuskan semua dosa2 abah, sebelum abah betul2 dapat rasa nikmat “pencen” 🧡
“Thank u doctors and semua medical staff yang jaga abah di hospital. Tak mampu balas jasa kalian. Semoga Allah rahmati segala penat lelah anda semua 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻 #hanyadapatfacetime #missingmyfamily #abahisextraordinary,” tulisnya panjang lebar.
A post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir) on
Semoga penularan wabak ini dapat dikekang dan PKP dapat ditamatkan.
Foto : Instagram Diana Amir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Hancur luluh hati melihat sekeping foto yang dikongsikan Altimet di laman sosial miliknya.
Seorang bapa tidak mampu menahan tangisan kerana tidak mampu menyediakan makanan buat anaknya yang sedang kelaparan.
Jelas rapper ini, anak-anak di Syria tiada masa merintih atas ujian yang ditimpakan sebaliknya mereka terus berjuang untuk terus hidup.
Jelasnya, walau sedar ada segelintir rakyat Malaysia yang masih memerlukan bantuan, namun umat Islam di sana juga sedang dalam keadaan darurat.
“Gambar ini memberi kita seribu satu pengajaran.
“Bagaimana seorang ayah menangis kerana tidak mampu menyediakan makanan buat anaknya yang sedang kelaparan.
“Ajaibnya, anak beliau tidak ikut menangis, malah memujuk ayahnya yang sedang kesedihan.
“Anak anak Syria. Kesusahan mengajar mereka lebih kuat. Mereka tidak ada masa untuk merintih atas apa yang berlaku. Tetapi mereka berjuang untuk terus hidup.
“Kami tahu, di kala negara sedang diuji dengan Covid-19, kita terpaksa mendahulukan yang lebih utama.
“Cuma kami juga perlu merayu untuk mereka dibantu, kerana mereka sudah diuji sejak 9 tahun yang lalu!
“Ramadhan bakal kembali menjengah kita seperti tahun-tahun sebelumnya. Kali ini, team Cinta Syria Malaysia akan ke Turki, Syria dan Lubnan jika keadaan kembali mengizinkan.
“Malah jika ada rezeki, wakil Cinta Syria Malaysia sendiri yang akan masuk ke dalam Syria menyampaikan bantuan dan amanah kalian secara terus kepada mereka.
“Ya, misi ini bahaya. Tetapi menyuap makanan kepada yang lapar, memberi minuman kepada yang dahaga jauh lebih utama.
“CSM menyasarkan RM 1,000,000 bagi misi Ramadhan Share Share Lah kali ini,” tulisnya.
Pada masa sama, Altimet turut menjelaskan badan berkenaan meletakkan sasaran sumbangan sebanyak RM1juta untuk tujuan tersebut.
Sasaran : RM 1,000,000
1 tajaan : RM100 (10,000 tajaan diperlukan)
“4Sumbangan ke akaun rasmi kami di atas nama Persatuan Cinta Syria Malaysia:
Maybank : 562834640983
Rujukan (reference): Ramadan
“Emailkan detail sumbangan ke: acc.tsdbj@gmail.com atau sumbangan atas talian.
“Kami turut menyediakan RESIT PENGECUALIAN CUKAI kepada penyumbang yang budiman. Untuk mendapatkan resit ini, boleh berhubung bersama HQ kami.
“TARIKH AKHIR SUMBANGAN ADALAH PADA 5 Mei 2020. MENYUMBANGLAH WALAUPUN RM10, ATAU SHARE POSTER INI!,” kongsinya panjang lebar sambil disusuli dengan beberapa hashtag.
A post shared by Altimet (@altimet) on
Terdahulu, tular klip rakaman sekumpulan pelarian Syria menitipkan doa buat rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan penularan wabak Covid-19 sehingga meragut 35 nyawa.
Foto : Instagram Altimet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

