Pelakon Ruhainies memilih untuk tidak terlalu melayan komen-komen negatif di media sosial yang disifatkan mampu menjejaskan kesihatan mentalnya.
Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia merasakan mereka yang meninggalkan sedemikian seolah-olah seperti tidak gembira dengan kehidupan sehingga terpaksa menyakiti orang lain.
“Kadang orang tanya saya, kenapa tak makikan balik je haters kat IG tu? Hmm… Kalau tak fake account, ini. Yang jenis-jenis macam ni.
“Nak marah tapi kadang comel jugak. Mungkin mereka pun bosan dengan kehidupan ke apa ke.
“Kalau mereka sibuk dan gembira dengan kehidupan sendiri, nak komen dekat IG orang lain pun mesti tak sempat.
Ads
“Jadi, saya husnuzon sahaja la. Kalau rasa rimas ke apa, saya padam,” tulisnya.
Pandangan itu dikongsikan pelakon drama Wifi Rumah Sebelah itu menerusi sebuah hantaran di Instagram, pada Rabu.
Ads
Tak Marah, Tapi Simpati
Kongsinya lagi, dia tidak akan tersinggung dengan tindakan tersebut sebaliknya simpati terhadap mereka yang lebih memberikan tumpuan terhadap kehidupan orang lain.
Ads
“Nak benci tu tidak la. Sebab apa yang mereka tulis atau komen itu melambangkan diri mereka sendiri in a way they are trying to show to me that ‘this is me’.
“Bukan melambangkan saya. Jadi, sebab tu saya tak marah. Lebih kepada simpati,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, nama Ruhainies menjadi perhatian ramai selepas terpalit kontroversi tangkap khalwat bersama pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon tersohor tanah air, Bront Palarae terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Baan Nang Klang Lakorn ke-21 yang berlangsung di Thailand.
Bront, 47, atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, meraih kemenangan menerusi lakonannya dalam filem seram The Cursed Land, arahan pengarah terkenal Thailand, Panu Aree.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Bront menerusi satu hantaran di laman Instagram rasmi miliknya baru-baru ini.
“Alhamdulillah! Berlakon dalam filem Thailand terasa seperti mimpi yang jauh. Kini, mendapat pengiktirafan sebegini adalah sesuatu yang sangat luar biasa.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pasukan produksi The Cursed Land. Kerja keras anda menjadikan pencapaian ini amat bermakna.
“Saya berharap suatu hari nanti pawagam Thailand akan membuka ruang untuk lebih banyak kisah tentang suara-suara kecil dan kekayaan sejarah masyarakat Melayu di wilayah selatan negara itu,” tulisnya penuh makna.
Selain itu Bront turut berterima kasih kepada kru produksi dan menzahirkan perasaan gembira atas pengalaman berlakon dalam filem itu.
“Terima kasih khususnya kepada Panu Aree dan Kong Rithdee atas jemputan, dan kepada Nonzee Nimibutr (Penerbit Kreatif), Chankit (Sinematografi) dan Suraphi (First AD) atas kesabaran dan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.
“Berkongsi skrin dengan pelakon berbakat seperti Ananda Mathew Everingham, Jennis, Allahyarham Sida Puapimon, dan gandingan duo Melayu (Han Zalini & Firdaus Karim) merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” tambahnya lagi.
Pada anugerah tersebut, Bront berjaya mengenepikan saingan hebat dari pelakon-pelakon popular Thailand seperti Benjamin Joseph Varney (In Youth We Trust), Wanarat Ratsameerat (Taklee Genesis), Sanya Kunakorn (How to Make Millions Before Grandma Dies) dan Pongsatorn Jongwilas (How to Make Millions Before Grandma Dies) .
Dalam filem The Cursed Land, Bront memegang watak Heem dan lakonan mantapnya sekali lagi membuktikan keupayaannya menembusi industri perfileman serantau.
Terdahulu, Bront pernah menerima pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) pada tahun 2015.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal Indonesia, Arya Saloka, disahkan telah sah bercerai dengan isterinya, Putri Anne, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Mahkamah Agama Jakarta Selatan telah menerima permohonan cerai talak yang difailkan pada 15 April lalu oleh Arya secara verstek, iaitu tanpa kehadiran pihak tergugat dalam perbicaraan meskipun telah dipanggil secara sah.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam mewakili Arya, Aflah Abdurrahim, dalam sidang media yang diadakan di Jakarta Selatan, hari ini.
“Alhamdulillah, permohonan cerai talak oleh Arya Saloka telah diputuskan dan diterima oleh mahkamah. Kini hanya menunggu proses lafaz talak yang perlu dilakukan sendiri oleh Arya di hadapan hakim,” katanya seperti dikongsi media tempatan.
Menurutnya, keputusan tersebut telah dihantar melalui sistem e-court dan kini menanti proses terakhir iaitu lafaz talak rasmi oleh anak guamnya.
Dalam keputusan mahkamah itu, hak penjagaan anak diberikan kepada Putri Anne berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan semasa perbicaraan.
Isu berkaitan nafkah anak pula tidak menjadi pertikaian, sebaliknya telah dipersetujui secara bersama antara kedua-dua pihak
Tambah Aflah, hubungan antara Arya dan Putri Anne masih dalam keadaan baik meskipun sedang melalui proses perceraian.
“Setakat ini, komunikasi antara kedua-dua pihak berjalan dengan baik dan tiada sebarang tindakan defensif yang menjadi isu utama dalam kes ini,” katanya.
Pasangan selebriti itu berkahwin pada Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ibrahim Jalal Ad Din Rumi yang kini bakal memasuki usia 6 tahun.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Masih mengekalkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia dan Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, KamiSempoi International Agency (KSIA) terus komited dalam melahirkan barisan live host berkaliber di rantau ini.
Meneruskan momentum kecemerlangan, mereka sekali lagi menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2024 sebagai penghargaan kepada para live host TikTok dan rakan niaga yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan agensi ini.
Acara berprestij itu akan berlangsung pada 12 Mei ini, bertempat di Galaxy Banquet Hall, Sentul, Kuala Lumpurbermula jam 8 malam dan disertakan dengan acara karpet merah.
Tahun ini menyaksikan pertambahan kategori yang dipertandingkan iaitu 12 kategori untuk rakan niaga dan 15 kategori untuk live host daripada pelbagai latar belakang termasuk selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumah dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Tiga kategori baharu turut diperkenalkan iaitu Top Host KamiSempoi – Malaysia, Singapura dan Indonesia, di mana salah seorang pemenang akan dinobatkan sebagai Top Host KamiSempoi of The Year 2024.
Pengasas KSIA, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee berkata peningkatan kategori tahun ini membuktikan kepercayaan tinggi terhadap jenama KSIA di peringkat serantau.
“Buktinya jumlah live host di Malaysia yang menaungi KSIA semakin bertambah iaitu sebanyak 3,100 di Malaysia, 1,400 (Indonesia) dan 100 (Singapura) serta dinaungi sebanyak 27 (Malaysia) dan 9 (Indonesia) rakan niaga secara keseluruhan.
“Angka ini jauh lebih besar berbanding tahun lalu yang mana hanya sebanyak 1,300 (Malaysia), 550 (Indonesia) dan 100 (Singapura) serta 21 rakan niaga yang menaungi KSIA.
“Atas sebab itu, kami mengambil keputusan untuk perkenalkan kategori Top Host KamiSempoi bagi membangkitkan lagi semangat daya saing mereka untuk menjadi live host yang berjaya dan berkaliber,” katanya.
Pakcik Chin Swee menambah, anugerah ini juga menjadi medan untuk meraikan pencapaian luar biasa yang diraih KSIA dan para live host-nya sepanjang tahun lalu.
Antara pencapaian membanggakan KSIA termasuklah kejayaan Adelyn Heng yang meraih kedudukan Top 3 live host di Asia Tenggara dan Top 100 di dunia, hingga dijemput mewakili Malaysia ke acara rasmi TikTok di luar negara.
Selain itu, tiga rakan niaga — BossKlan, KSIA Christ dan Mentol Talent — turut diraikan atas pencapaian perolehan diamond tertinggi sepanjang tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, KSIA bakal melancarkan single rasmi berjudul KamiSempoi ciptaan ahli pengurusan mereka, Kimchi Kacak.
Lagu itu akan dipersembahkan buat julung kalinya oleh Bulan Asyraff dalam acara KamiSempoi Golden Award 2024 dan ia sebagai pengenalan mereka untuk menubuhkan label muzik sendiri pertengahan tahun ini.
“Bulan Asyraff adalah contoh jelas bagaimana seseorang yang berbakat, jika diberi platform dan bimbingan yang betul, mampu mencipta kejayaan luar biasa.
“Kini, dia bukan sahaja menjadi finalis program realiti, malah telah menjadi fenomena dan tular di pelbagai platform media sosial bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara jiran khususnya Indonesia,” ujar Pakcik Chin Swee.
Dalam pada itu, sambutan hangat yang diterima terutama dari Sabah turut mendorong pihaknya merancang untuk membuka pejabat KSIA di sana bagi memberi tumpuan kepada pembangunan bakat di Borneo.
“Kami menerima permintaan paling banyak di Sabah. Oleh itu, kami sedang dalam perancangan untuk membuka pejabat KSIA di sana yang akan memberi tumpuan kepada bakat-bakat live host dari Borneo iaitu Sabah serta Sarawak.
Selain itu, kami juga mahu terus mengukuhkan empayar KSIA di Asia Tenggara dan selanjutnya di Asia untuk masa akan datang,” katanya mengakhiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Azza Elite tampil memberikan respon terhadap komen seorang individu yang didakwanya sebagai ‘Datin’ yang menggelarkan dirinya sebagai artis sombong dan sendu.