Pelakon, Raja Afiq ada memberikan reaksinya berhubung tanggapan segelintir pihak yang mempersoalkan mengenai perihal rumah tangganya.
Menurut Afiq, di mata orang lain mungkin proses perkahwinan mereka ini dianggap mudah, namun dia menyifatkan hanya mereka sahaja yang tahu apa yang telah mereka lalui.
“Rasa macam tak percaya je yang kite dah kahwin kan. Mesti orang lain nampak macam senang je kan.
“Hanya kita berdua je yang tahu macam mana kan. Orang tahu bercakap je tapi takpelah cakap orang tu semua tak penting yang penting sekarang ni kite dah halal.
Ads
“Apa pun husband nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima husband yang banyak kekurangan ini.
“Semoga jodoh kite sampai jannah dan cinta kite kekal sampai bila-bila aminn. Satu je husband nak cakap i love you so much,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon yang popular menerusi drama Sayangku Captain Mukriz itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Ads
Dalam pada itu, Afiq turut meluahkan rasa syukur terhadap isterinya, Soffwany Yusoff kerana telah menerima segala kekurangan yang ada pada dirinya.
Meninjau pula di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga perkahwinan Afiq dan Soffwany kekal bahagia hingga ke jannah.
Penyanyi, Nourul Depp memaklumkan berita sedih melibatkan anaknya Raphael Depp yang telah diserang demam denggi.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Nourul meluahkan rasa bimbang dan sedih apabila melihat keadaan anaknya yang turut diserang sawan secara mengejut.
Penyanyi berusia 46 tahun ini memberitahu anaknya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
“Dah balik “merentas desa dari cyberjaya ke shah alam and ke KL; anak kuat kami ni demam dan kena lagi fibral fit dia tu (tarik) Lepas dah 2 tahun solid tak kena.
“Mak dia jenuh berkuntau dalm qeta bila dia kena tarik dalam panas lit lit balik sekolah lepas sekolah call. Haaa apa lagi masuk hospital lh!
“Sekali check darah; laaaaa … patutlah demam sat sat. Rupanya denggi! Biadap punya nyamuk. Hang saja suka anak kecik kan.
“Mak mana tak risau. Kami panik jugak la. Ya Allah… luruh hati tengok dia tarik dalam 1 min setengah tu,” tulisnya.
Sambil memanjat rasa syukur, Nourul pada masa sama turut mendoakan anak lelakinya itu segera sembuh.
“Sampai hospital, apa lagi of course kena masuk drip semua kn. adoiii … mama pun nak nangeh tengok masuk jarum.
“teruih terpikiaq, itu yang hanya jatuh sakit kena denggi. Macam mana kes anak orang lain yang lebih teruk dari ni? macam mana hati mak pak tu nak tanggung tengok deriita anak.
“Denggi tak tinggi. Kami pelik laa nyamuk denggi ni. Doktor kata mungkin dah 4-5 hari kena tapi badan #raphaeldepp di tahap nak healing. Kami blur sat…
“Hang ni memang robocop lah raphael oiii. Mama papa bersyukur tak teruk. Alhamdulillah alhamdulillah Alhamdulillah. Takut part tarik tu. Kami trauma sat. Hilang cool. Kami terpanik hari ni.
“Mungkin sebab hormon pun dok nak betui lgi lepas kami 3 minggu buat #hysterectomy Yang pasti, parents mana suka anak sakit…Semoga Allah pelihara anak anak kita dan beri kesihatan yang baik. Amin amin. YRA,” tulisnya panjang lebar.
Tidak dinafikan, anak merupakan satu anugerah yang tak ternilai dikurniakan daripada Yang Maha Esa.
Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan ada berkongsi kata nasihat mengenai perihal cara didikan kepada anak bersama pengikutnya di media sosial.
Kongsi Saharul, anak merupakan satu amanah yang wajib ditunaikan bagi mereka yang bergelar ibu bapa dan harus dididik dengan penuh kebaikan.
“Anak ialah amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Hatinya yang suci ibarat permata mahal yang siap sedia untuk dibentuk dan diukir.
“Jika dididik dan dibiasakan untuk melakukan kebaikan, maka dia akan mahir dalam bidang ini dan berbahagia di dunia dan di akhirat. Ibu bapa dan gurunya juga akan mendapat bahagian dalam kebaikan tersebut.
“Namun jika dia dibiasakan untuk melakukan keburukan, maka dia akan merana dan celaka. Dosanya akan dibebankan kepada ibu bapa dan walinya.
“Jika seorang ayah selalu menjaga anaknya daripada api dunia, maka menjaga mereka daripada api akhirat lebih perlu dipentingkan.”- Imam Ibn al-‘Arabi al-Maliki,” tulisnya.
Menjadi hos bersama menerusi program hiburan, MeleTop di samping Nabil Ahmad, penampilan pelakon, Mimi Lana menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir penonton.
Ini kerana, persalinan senteng paras lutut yang dikenakan pelakon Cari Aku Syurga itu dikatakan tidak bersesuaian.
Menerusi posting tersebut, ada di kalangan pengguna media sosial yang memberikan pandangan serta nasihat buat Mimi agar mengenakan persalinan yang lebih sopan selepas ini.
Malah, ada di antara reaksi yang diberikan mereka mendapat maklum balas positif daripada Mimi.
Bagaimanapun, ada juga di antara peminat yang memuji keyakinannya di dalam menjadi pengacara dalam program yang bersiaran secara langsung.
Bahkan, ada di antara mereka yang menyifatkan pelakon filem Pusaka ini turut berbakat dalam bidang pengacaraan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi MK K-Clique mendedahkan anaknya yang baru berusia dua tahun sudah mampu menghafal beberapa lagunya, termasuk ‘Pulang’ dan ‘Risiko’.