Penyanyi Ning Baizura menjelaskan dirinya tidak terkesan dengan kecaman serta kritikan warganet terhadap gaya persembahan atau penampilannya ketika menjayakan persembahan di sebuah kelab hiburan tempatan sebelum ini.

Menurut Ning, 48, dia juga tidak mahu melenting memandangkan sudah tiga dekad berhadapan dengan cabaran sebagai anak seni.

“Nak cakap apa saja, cakap sajalah. Benda sudah berlaku dan ia pun bukan berlaku dalam bulan puasa. Lagipun tahun lalu saya sudah kena.

“Memandangkan bulan ini adalah bulan Ramadan, saya pun tak mahu marah. Saya pun mudah, orang kata apa pun, saya jawab alhamdulillah, lagi kita dapat pahala. Ini semua macam digigit semut saja.

“Saya buat saja kerja saya. Sudah 30 tahun saya nyanyi, saya hanya jadi diri sendiri saja. Kalau tak suka, angkat kaki, jalan. Kalau suka, saya cakap ‘i love you’,” katanya.

IKLAN

Penyanyi Ke Sayup Bintang ini juga akui pada awal kemunculannya dalam seni, mungkin dia sudah melatah.

Bagaimanapun sekarang, dia sudah lali dan memilih untuk tidak menghiraukan perkara yang boleh mendatangkan kesan pada emosinya.

“Orang Kata Apa Pun Saya Jawab Alhamdulillah. Tak Suka? Angkat Kaki,” – Ning Baizura “Orang Kata Apa Pun Saya Jawab Alhamdulillah. Tak Suka? Angkat Kaki,” – Ning Baizura“Orang Kata Apa Pun Saya Jawab Alhamdulillah. Tak Suka? Angkat Kaki,” – Ning Baizura

IKLAN

“Sebelum ini, kalau orang nak menegur, mereka akan tegur secara ‘direct’, tapi sekarang zaman media sosial, kita kena pekakkan telinga saja dan teruskan perjuangan.

“Tak perlu nak merapu atau marah. Ya, kalau dulu saya nangis buat sidang media, sekarang nak buat sidang media pun buat di media sosial. Jadi tak mengapalah, biarlah ia berlalu bagai angin menderu.

IKLAN

“Saya sudah 30 tahun dalam industri, dulu lagi teruk saya pernah kena. Malah nama saya pernah sampai ke luar negara, kena disenarai hitam dan banyak lagi. Jadi tak mengapa. Asalkan ia tidak menutup periuk nasi saya.

“Satu saya nak cakap, kebijaksanaan ‘keyboard warriror’ ini, diragui sebab kita tak tahu siapa yang menulis dan apa motifnya. Senang saja cakap, kalau dia ada di situ lain cerita, tapi dia tiada. Itu yang saya merasakan tak mengapalah,” katanya lagi.

Baru-baru ini, tular video klip persembahannya di sebuah kelab hiburan lalu ada mendakwa, penampilannya agar keterlaluan di atas pentas.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI