Wah seronoknya pelakon, Zara Zya apabila dikejutkan dengan majlis hari jadi yang dilakukan lebih awal daripada hari jadinya yang sebenar.

Hari lahirnya yang sebenar adalah pada tanggal 22 Oktober tetapi kejutan telah dilakukan oleh peminat-peminat Zara di Singapura.

Menurut sebuah video yang dikongsikan oleh peminat Zara kepada MH Online, mereka telah mengadakan satu majlis ‘meet and greet’ Zara bersama peminat dan di majlis itulah sebenarnya kejutan untuk Zara dilakukan.

Menurut Zara dia berkata, dia sangat terkejut dengan kejutan ini.

“Memang sangat mengejutkan, sangat-sangat terharu sebab hari ini memang sangat surprise, birthday party in advance,”

Pelakon ini turut mengakui dia memang tahu bahawa ada majlis meet and greet bertemakan Bollywood dan dia memang amat menyukai Bollywood.

“Tak sangka rupanya ini event birthday yang dorang dah prepare dari tahun sebelumnya lagi dan memang mereka berjaya,” ujarnya.

Peminat Zara ini juga turut berkongsi gambar di sekitar majlis hari jadi pelakon kesayangan mereka itu.

IKLAN

Mari kita lihat foto-foto yang dikongsikan.

‘Orang Akan Sentiasa Dengki, Walaupun Tak Kenal Kita Siapa’

‘Orang Akan Sentiasa Dengki, Walaupun Tak Kenal Kita Siapa’

‘Orang Akan Sentiasa Dengki, Walaupun Tak Kenal Kita Siapa’

IKLAN

‘Orang Akan Sentiasa Dengki, Walaupun Tak Kenal Kita Siapa’

Wah meriah sungguh majlis kejutan hari jadi Zara ini. Zara juga turut kelihatan cantik dengan memakai busana bertemakan Bollywood.

Terdahulu, pelakon ini pernah meluahkan rasa marah dan kecewa kerana ada pihak yang tidak bertanggung jawab telah membuat satu akaun palsu dengan menggunakan gambarnya.

IKLAN

Apa yang lebih mengecewakan Zara adalah akaun tersebut mengatakan Zara telah membuat pembedahan.

“Bila Zara mewarnakan rambut, agak mengejutkan pada fans Zara di luar sana dan ada yang tak boleh terima kenyataan sebab dorang dah bertahun-tahun kenal Zara dengan imej rambut hitam dan selalu dapat watak-watak kampung atau desa.

 

“Tapi kali ini Zara kembali selepas daripada buat operation haritu Zara dapat watak yang lebih urban dan perlu untuk mewarnakan rambut untuk watak itu bukan untuk diri sendiri dan Zara sacrifice untuk watak itu,” jelasnya.

Tambahnya lagi tentang akaun Instagram palsu tersebut,

“Adanya IG tu biasalah haters, dia cakap Zara buat hidung, buat gigi, buat pipi kat Bangkok. Macam dia tahu pula klinik mana.

 

“So benda tu memang tak betul dan itu memang lumrah orang akan sentiasa dengki dengan kita walaupun dia tak kenal kita siapa.

 

“Zara terima dengan hati terbuka dan kalau boleh Zara nak jumpa dia depan-depan dan nak suruh dia picit sendiri muka kat mana yang kita buat ni,” ujar Zara tentang isu akaun palsu tersebut.

Dalam perkembangan lain, Zara kini dalam sesi penggambaran bagi drama bertajuk Monalisa dan akan berakhir pada April 2018.

Drama ini mempunyai sebanyak 80 episod dan ianya mengambil masa yang lebih kurang lapan bulan untuk menyiapkan sesi penggambaran.

Sumber: Peminat Setia Media Hiburan di Singapura, Haji Judd Rubaii

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI