????????????????????????????????????

Bella Nazari pernah muncul dalam program realiti Mentor di bawah tunjuk ajar ratu irama Malaysia, Noraniza Idris.

Bagaimanapun, perjalanan penyanyi berusia 30 tahun dari Kangar, Perlis ini ini terhenti di pertengahan jalan apabila dia gagal meneruskan saingan sehingga ke final.

Namun itu bukanlah penamat kepada impian dan cita-cita pemilik nama sebenar Mas Nabiella Nazari ini.

Sudah lama menanam harap untuk bergelar penyanyi profesional dengan mempunyai lagu sendiri atas faktor minat, Bella akhirnya boleh tersenyum apabila single sulung berjudul Infiniti mula dilancarkan beberapa tahun selepas itu.

Turut aktif berlakon, anak kedua daripada tiga beradik ini mengakui, nyanyian adalah cinta pertamanya sementelah mula berjinak-jinak dalam nyanyian sedari umurnya 12 tahun lagi.

Ads

“Masa 18 tahun, barulah saya berani cabar diri dengan menyertai Mentor. Sebab pada peringkat awal, saya menyanyi hanya untuk suka-suka saja. Tapi kali ni bertukar kerana minat sampailah sekarang,” katanya ketika dihubungi Media Hiburan.

Sementara itu, selebriti yang menghiasi ruangan Bakat Baru minggu ini juga sudah pun melancarkan single kedua, Oh Cintaku Februari lalu.

Ditanya mengenai respons yang diterima, Bella memberitahu dia gembira dengan perkembangan single keduanya itu.

Ads

“Peminat suka lagu ni. Kiranya satu momentum yang baguslah sebab single pertama dulu kurang menjadi. Mungkin sebab strategi promosinya yang sedikit tersasar menyebabkan Infitini kurang menyerlah berbanding Oh Cintaku ini.

“Muzik lagu baru ni lebih dekat dengan jiwa dan ada kaitan dengan cinta yang bukan hanya untuk pasangan berkasih semata-mata,” katanya yang mengharapkan stesen radio dapat memutarkan lagu tersebut di corong radio.

Akuinya, lagu-lagu trend 90-an menjadi pilihan kini, namun pelakon Hati Perempuan ini juga berharap lagu ‘tangkap leleh’ yang menjadi trend semasa ini dapat diterima.

Kata Bella, dia akui cita rasa individi itu berbeza namun dia kini sudah matang dalam penyampaian lagu dan emosi.

Ads

Untuk rekod, Oh Cintaku hasil ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini dirakamkan Disember lalu.

“Apa pun, baik dalam nyanyian atau lakonan, saya tetap anggap masih baru dan perlu belajar dan terus belajar untuk memberikan yang lebih baik pada masa depan.

 

“Tidak salah untuk belajar demi menimba pengalaman sebanyak mungkin. Bak kata orang, kalau tidak bertanya, kita akan tersesat jalan,” terang Bella serius.

Tidak mahu menjadikan bidang nyanyian sebagai satu persinggahan semata-mata, bintang yang dilahirkan pada 11 Julai 1987 ini menjadikan Faizal Tahir sebagai sumber inspirasi.

“Kalau diperhatikan sejak 10 tahun kebelakangan ini, senario muzik kita lebih terdorong dengan trend, yang bersifat bermusim dan sementara. Namun apa yang saya tengok, Faizal Tahir adalah seorang karyawan yang utuh dengan prinsip. Dia tahu apa yang dimahukan dan dia hanya buat apa yang dia suka.

Bagi Bella, dia mengagumi Faizal kerana penyanyi itu tidak terlalu mengikut trend, uziknya semasa dan lain daripada lain.

Pada masa sama, dia juga optimistik. Lihat saja apa yang disumbangkannya dalam dunia seni, kebajikan dan sebagainya.

 

“Kalau boleh, saya juga mahu ikut jejak langkahnya, insya-Allah,” kata Bella yang sempat merakamkan ucapan terima kasih buat para peminat setia yang selama ini tidak putus-putus menyokong perjalanan seni dari dulu sehingga kini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI