Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel berharap agar semua pihak dapat menghargai setiap waktu yang terluang untuk dimanfaatkan bersama keluarga serta insan-insan tersayang agar memori yang tercipta akan dapat dikenang sampai bila-bila.

Menurut Naim, ketika tempoh pandemik ini, segala kemungkinan boleh berlaku termasuklah hal-hal berkaitan hidup dan mati.

“Kalian, buatlah banyak kenangan.
Tangkap gambar orang yang kalian sayang, berbual dengan mereka tak kisahlah sekejap ataupun benda remeh sekalipun.

“Bagitahu mereka yang kalian sayangkan mereka. Nyawa pada waktu sekarang mudah direntap tanpa amaran.
Buatlah banyak kenangan,” tulisnya.

“Nyawa Waktu Sekarang Mudah Direntap,” – Lagu Dicipta Khas Buat Siti Sarah Akan Disimpan, Naim Daniel Nasihat Hargai Masa Dengan Insan Tersayang

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Sumpah itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.

Menerusi entri berasingan, Naim turut menzahirkan rasa sedih diatas pemergian penyanyi, Siti Sarah akibat serangan Covid-19.

“Nyawa Waktu Sekarang Mudah Direntap,” – Lagu Dicipta Khas Buat Siti Sarah Akan Disimpan, Naim Daniel Nasihat Hargai Masa Dengan Insan Tersayang

Malah, Naim turut memaklumkan lagu yang telah dicipta khas buat Sarah akan disimpan terlebih dahulu buat masa sekarang.

IKLAN

Naim turut menambah, lagu tersebut sebenarnya telah pun dinyanyikan oleh Sarah namun ia belum sempat untuk diterbitkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

“Kak, rehat ya? Kak, kakak memang seorang kakak, sahabat, ibu, isteri yang baik. Semua orang senang dengan kakak.

IKLAN

“Lagu yang adik buat untuk kakak tu, adik simpan ya. Suka bila dengar kakak nyanyi lagu tu, sampai setiap rasa. Dari arwah Lok U mainkan piano, kakak nyanyi, sekarang, Allah bawa kakak balik.

“Kak, rehat ya? Mohon semua hadiahkan Al – Fatihah buat Allayarhamah @sitisarahraissuddin,” katanya lagi.

“Nyawa Waktu Sekarang Mudah Direntap,” – Lagu Dicipta Khas Buat Siti Sarah Akan Disimpan, Naim Daniel Nasihat Hargai Masa Dengan Insan Tersayang

Terdahulu, jenazah Sarah telah pun selamat dikebumikan di sebelah liang lahat ibunya di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak pada tengah hari tadi.

Sumber: Twitter & Instagram Naim Daniel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI