Otai masih berbisa! Keunggulan serta bakat muzik kumpulan legenda negara, Kembara sememangnya tidak perlu dipertikaikan.

Penuh bertenaga mempersembahkan Konsert Kembara: Panorama Jingga 1444 Hijrah yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC baru-baru ini, 2,600 peminat setia Kembara pulang dengan penuh kepuasan apabila sebanyak 30 buah lagu berjaya dimainkan pada malam tersebut.

Untuk konsert kali ini, Kembara muncul dengan gabungan tenaga dan kehebatan vokal Datuk M.Nasir, Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard).

Memperincikan muzik Kembara yang lebih tertumpu pada keunikan senikata, selaku pengasas Kembara, M.Nasir berkata kumpulan itu berjaya memenangi hati peminat menerusi lagu-lagu bertemakan rakyat yang dekat dengan jiwa ramai.

‘Nyanyi 30 Lagu, Dirai 2,600 Peminat Setia’ – Kembara Masih Berbisa! Imbau Nostalgia Muzik 40 Tahun Mereka ‘Nyanyi 30 Lagu, Dirai 2,600 Peminat Setia’ – Kembara Masih Berbisa! Imbau Nostalgia Muzik 40 Tahun Mereka

“Istimewanya konsert ini kerana ia merupakan suara satu generasi… generasi yang saya maksudkan ialah generasi 80-an.

IKLAN

“Selain rock muzik yang keras, Kembara membawakan satu muzik yang berbeza iaitu daripada segi senikata. Kembara banyak bertemakan kerakyatan dan itu ciri khas kami.

“Ini bukan muzik lama tapi muzik sekarang. Bila kita buat muzik, kita tidak hanya tuju kepada generasi itu (80-an) sahaja, bentuk muzik akan menjangkau generasi,” kata M.Nasir.

‘Nyanyi 30 Lagu, Dirai 2,600 Peminat Setia’ – Kembara Masih Berbisa! Imbau Nostalgia Muzik 40 Tahun Mereka ‘Nyanyi 30 Lagu, Dirai 2,600 Peminat Setia’ – Kembara Masih Berbisa! Imbau Nostalgia Muzik 40 Tahun Mereka

Persembahan yang berlangsung selama tiga jam menerusi seleksi 30 buah lagu popular Kembara daripada album keempat hingga album ketujuh itu turut menampilkan penyair popular Pyan Habib yang muncul sebagai tetamu istimewa membawakan ingatan peminat kepada filem Kembara Seniman Jalanan dengan watak ikoniknya Osman Tikus.

IKLAN

Antara lagu-lagu yang ditampilkan pada malam itu adalah seperti Kepadamu Kekasih, Gadis Berpurdah Hitam, Mencurah Janji Di Daun Keladi, Keroncong Untuk Ana dan Nyanyian Jiwa.

‘Nyanyi 30 Lagu, Dirai 2,600 Peminat Setia’ – Kembara Masih Berbisa! Imbau Nostalgia Muzik 40 Tahun Mereka

Kerancakan konsert itu berterusan hingga ke penghujung apabila peminat bersama-sama bangun, menari dan ‘sing along’ menerusi lagu encore yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Hati Emas dan Gerhana.

IKLAN

Konsert itu turut dihadiri rakan artis seperti Datuk Ramli Sarip, Mafarikha, Aloy Paradoks dan Nadiya Nisaa.

Rata-rata penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat umur kelihatan puas sehingga ada yang menitiskan air mata apabila dapat melepaskan rindu berhibur dengan kumpulan muzik Kembara yang dibawakan oleh Shiraz Projects Sdn. Bhd.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Sudasan Shiraz Projects

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI