Normah Damanhuri Komen So Sweet Di Gambar Zulin, Ahya

Umum mengetahui pelakon penyampai radio,  Zulin Aziz kini menggunakan khidmat anak pelakon veteran Normah Damanhuri iaitu Ahya Rosli sebagai jurulatih untuk menurunkan berat badannya.

Ahya juga kini mengusahakan ZA Fitness Session bersama Zulin selain berlakon dan juga mengendalikan kelas intensif mempertahankan diri seperti muay thai.

Terbaru, ada khabar angin mengatakan Zulin dan Ahya kini lebih intim dan sedang hangat bercinta, tetapi kedua-dua mereka lebih selesa mengaku sebagai teman rapat.

Namun, pada entri terbaru Zulin telah memuat naik foto mesra bersama Ahya dan telah mendapat hampir 12,900 ribu ‘likes’ dengan 63 komen daripada pengikutnya setakat ini. 

IKLAN

Apa yang menarik, foto mesra itu turut membuatkan Normah Damanhuri turut meninggalkan komen pada entri tersebut.Turut tidak ketinggalan meninggalkan komen, kakak kepada Ahya, Liana Rosli yang menulis #cintahati love you.

Komen daripada orang terdekat Ahya menyebabkan pelbagai spekulasi lagi timbul dan menyebabkan gosip mereka bercinta tersebar dengan cepat.

Rata-rata komen menyokong sekiranya dua sahabat ini menjalin hubungan cinta, seterusnya ke fasa yang lebih serius.

IKLAN

Ada juga pengikut yang berseloroh mengusik dengan memberi ucapan ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada pasangan sama cantik, sama padan ini.

Perkembangan lain, Zulin bakal beraksi di kaca televisyen dalam Super SpontanSuperstar 2017 bermula 8 September bersama pelawak yang lain.

Buat Zulin dia tidak boleh menutup mulut orang untuk terus bercerita dan bergosip mengenainya. Apa-apa pun, pastinya Zulin juga mengharapkan ada yang mendoakan yang terbaik buat diri dan kariernya